Ahad, September 14, 2008

Jelajah ke Nunuk Ragang



Ada Cerita


Pemandangan lembah Nunuk Ragang



Hampir setahun lamanya saya meninggalkan bumi Nunuk Ragang. Kini, saya beserta sahabat-sahabat Yayasan AMAL bakal berjejak semula ke tanah asal usul kelahiran suku kaum Dusun yang penuh dengan lagendanya.

Sebenarnya saya lebih terkesan dengan sejarah Islam yang pernah tercatat dalam lipatan keindahan lembah ini. Pada zaman pemerintahan USNO dulu, inilah kawasannya tempat pengIslaman lebih kurang 3000 orang penduduk kampung disekitar Nunuk Ragang ini. Seperti sejarah yang telah berlalu, meninggalkan pedih dihati ummat mengenangkan penduduk kampung yang telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah itu kini cuma lebih kurang 10 keluarga sahaja yang masih Islam. Yang selebihnya, telah bertukar ke agama Kristian. Satu sejarah luka yang pahit, namun terpaksa ditelan jua.

Ya Allah, kepada siapakah amanah ini yang telah Engkau pikulkan ? Ampunilah hamba-hambaMu ini diatas segala kelemahan dan kecuaian..........


" Kenapa kebanyakkan jiran-jiran Pakcik masuk agama Kristian ?..saya bertanya kepada seorang penduduk kampung yang kami ziarahi.

" Dulu, lepas kerajaan kasi masuk Islam, dorang tidak datang lagi ajar orang kampung macamana ibadat selepas masuk Islam "..bersungguh pakcik tersebut menerangkan kepada rombongan saya

" Jadi, bila orang Kristian datang, diorang selalu datang ajar orang kampung macamana mau buat ibadat, kasi bantuan sama orang kampung. Itu sebabnya banyak orang kampung ikut pendakwah Kristian " ..sambung pakcik tersebut.

Saya tertunduk bisu




Surau An Najah



Surau An Najah terkini


Hampir setahun lalu, Surau An Najah ini hanya ada ruang solat tanpa ada sebarang kelengkapan asas seperti elektrik, tandas dan bekalan air. Bayangkanlah surau yang terletak bersebelahan dengan jalan utama K.K - Tawau masih tidak mendapat bekalan elektrik !

Alhamdulillah, selepas bertahun usaha gigih Ustaz Akhwan dan team Unit AMAL Pusat berulang alik ke Sabah memberi bantuan kepada penduduk kampung, akhirnya surau ini sudah ada sedikit kemajuan dari segi kemudahan asasnya. Banyak pihak terutamanya daripada jabatan kerajaan telah mula memberi perhatian dengan memberi peruntukkan kewangan untuk memajukan surau ini. Usaha dakwah yang seharusnya ditauladani daripada team Unit AMAL dan Yayasan AMAL.

Pada hari yang sama, kami berbuka puasa bersama penduduk kampung yang datang bersama anak-anak kecil yang masih didukung oleh ibu-ibu. Selesai berbuka, sumbangan berbentuk keperluan makanan diberikan kepada penduduk kampung yang datang dan selepas itu bersolat terawih pula yang di Imamkan oleh Presiden Persatuan Siswazah Sabah, Sdr Bunyamin. Ternyata, penduduk di sini berasa bertuah dengan kehadiran kami dan sentiasa memberikan sambutan hangat setiap kali kami berkunjung ke sini.


Sumbangan kepada penduduk Kampung


Keesokkan paginya, kami semua bersiap-siap untuk pulang. Ada sahabat-sahabat yang pulang ke Tawau dan Sandakan. Walaupun hanya sehari dua, rasa puas berbunga dihati kerana dapat membantu orang kampung tambah-tambah lagi di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.



Kami balik dulu Nunuk Ragang. Besok-besok kami datang lagi ya.....




5 Komen:

gopenghagen berkata...

salam.

terima kasih kerana posting ini.

haris
ipoh

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI berkata...

asmlkm...

pakabar en.salman...
nie just nak pandangan saja...
dari yg saya baca ttg blog en.salman nie...itulah silapnya kita sebagai orang islam...pabila berdakwah, dapat menarik masuk ke agama kita...tetapi kita alpa tuk mengajar kepada mereka...sebenarnya kita jgn dulu merasa bangga kerana banyaknya org masuk islam...tetapi kita perlu lihat kualitinya...jgn jd seper ini...sayangnyaaaaa

apa2 pun kita berusaha tuk terus berdakwah mg islam terus gemilang... chai yok!!!

faezah, pkwr titiwangsa

bayugunung berkata...

Teima kaseh faezah,

sy terkejut beruk td, ingatkn Dr Lo' Lo' yg tulis msj nie...

Banyak-banyak gambar Dr Lo' Lo', ada satu sj nampak gambar SU beliau. Low profile betul...

tasniem berkata...

ermmm kalo terkejut beruk xper...jgn....
sory semlm taip nak cpt..xperasan plak naik nama Dr....sory membuatkan anda terkezut beruk...hehhee

bkn low profile cuma zuhud cikit jer...so aktiviti bulan ramadhan nie camner, full ker?...


semoga Ramadhan pada kali ini berjaya memperbaiki akidah,ibadah dan akhlak kita semua..

Rebutlah bulan yang penuh Rahmat dan Keampunan ini dengan memperkukuhkan amalan wajib, memperbanyakkan amalan sunat dalam ibadah dan kehidupan seharian kita..

Dua hadith yang kami ingin kongsi bersama, Rasulullah bersabda maksdunya:-

"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan"-

"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan niscaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu"

Allah tawarkan pada kita khas untuk bulan yang mulia ini..Ramadhan..

Laxmana berkata...

Salam...

MY QUOTE OF THE DAY :
"Hal yang terbaik adalah tidak merasa takut akan apapun, kerana kita adalah DUTA DARI KEBENARAN, dan segala hal yang palsu (maya) pasti hilang cepat atau lambat. Itulah semua yang harus anda percayai" -peace-


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger