Muktamar PAS Pusat 2009 pada bulan Jun nanti dijangkakan terus hangat membakar perwakilan sejak ia bermula pada Muktamar yang lalu di Perak.
Lontaran idea ‘unity government’ yang di gagaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS Hj Abdul Hadi Awang memberikan satu lagi ‘homework’ kepada para perwakilan yang akan bertandang, memerah pengalaman lantas melonjakkan minda untuk berfikir daerah-daerah baru idea dan pemikiran, tidak sekadar datang lalu tenggelam dalam persoalan titik bengik sesama Pakatan Rakyat.
Tidak hendak meremehkan persoalan-persoalan yang bakal dikemukakan oleh para perwakilan, namun disaat umat tenggelam punca dengan wajah BN yang semakin terserlah keasliannya, mungkin peluang inilah yang seharusnya disambar oleh gerakan Islam untuk muncul dengan penyelesaian-penyelesaian yang telah wujud sejak 1400 tahun yang lalu. Bergantung kepada kebijaksanaan….sinergi, situasi menang-menang, fiqh aulawiyat, fiqh muwazanat, fiqh semasa, adalah tapak asal kepada setiap lontaran di medan muhasabah nanti.
InsyaAllah, saya juga sudah tidak sabar hendak membelah laut cina selatan, terbang ke medan muhasabah kita semua…
Kita di Sabah
Ketika ini, seperti biasa PAS kawasan ada yang telah selesai mengadakan muktamar masing-masing. Manakala Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah akan bermula pada 1 hingga 3 Mei 2009 bertuan rumahkan PAS Kawasan Kinabatangan. Dari meja panel, pertambahan kerusi perwakilan dijangka dapat merancakkan lagi medan muhasabah dengan perjalanan setahun gerakkerja dakwah-siyasah-tarbiyah di bumi bawah bayu ini.
Moto ‘Perkasakan Pemuda, Teguhkan Pakatan’ masih lagi menjadi wajah bentuk gerakkerja yang di implementasikan pada sesi yang akan datang. Sehinggalah, perwakilan benar-benar telah mencabar idea dan praktikal perlaksanaannya dengan yang setimpal pula, barulah moto tersebut boleh diubahsuai mengikut kehendak dakwah kita.
Pengalaman gerakkerja yang berbeza-beza mengikut waqie’ masing-masing akan mewarnai medan muhasabah dengan kepelbagaian sudut pandang. Disebelah pantai timur yang mengunjur dari Tawau ke Beluran, ada suasananya. Kelompok pemikiran dan budaya masyarakat disana telah mengangkat prestasi PAS dengan bertanding di DUN merotai baru-baru ini dan sebelumnya. Sebelah Pantai Barat Sabah pula, realiti masyarakat yang kontang dari sudut asas kefahaman Islam perlu di lihat dari sudut berbeza.
Persoalan besarnya yang perlu diperhalusi dalam perlaksanaan itu nanti iaitu….
Apakah yang lebih utama……..Politik atau dakwah?
Apakah realiti sebenar masyarakat...........Politik atau dakwah?
Pertambahan bilangan kawasan dan cawangan merupakan salah satu penanda aras prestasi gerakkerja dakwah. Tanpanya, usah bermimpi hendak mengangkat level perjuangan ke status ‘government in waiting’. Sementara itu, ruang perbezaan yang menjadi rahmat kepada gerakekerja perjuangan Islam tidak seharusnya disimpul mati oleh persoalan…
berapa PAS Kawasan yang berdaftar?.....berapa cawangan PAS yang ditubuh?....
Di Sabah ini, kejayaan kita bermula dari titik yang berbeza-beza…
Saya merasakan telah tiba masanya, kita membina dan memperteguh struktur atau fondasi kepada gerakkerja kita di Sabah. Kadang-kadang kita kagum dan tersilau dengan pujian orang….
“PAS ni biar nampak sikit tapi nampak kuat”…kata seorang ahli UMNO.
“Saya percaya sama PAS, tidak lompat-lompat macam UMNO dengan PKR“..kata seorang berbangsa cina.
Inilah imej kita dimata orang. Nampak kuat dan perkasa diluar. Itu diluar, di dalam?...selain pembinaan imej, pembinaan struktur merangkumi data dan pemfailan mesti dimulai dari sekarang. Pemuda bukan sahaja kelihatan perkasa, tetapi mesti benar-benar perkasa...bukan dengan tongkat Ali....Akhirnya, pembinaan struktur dalaman PAS di Sabah membawa kita kepada persoalan..
...apakah tanggungjawab kita kepada Pekerja Sepenuh Masa ( Al Murabbitun )?
Dari seorang ahli yang dimatangkan oleh gerakkerja di kawasan, kepada ahli golongan pemikir intelektual di menara gading, hinggalah kepada penyokong yang sentiasa setia kepada perjuangan Islam, marilah sama-sama kita kerahkan segenap idea dan pengalaman kita di satu medan muhasabah untuk kita menilai semula persoalan besar keberadaan kita disini…iaitu persoalan iman dan takwa kita kepada –Nya.
Selamat datang dan selamat bermuktamar..
….Aku setia menanti
Ahad, April 05, 2009
Menuju Medan Muhasabah…
Oleh bayugunung at 9:39 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 Komen:
Politik itu sememangnya sebahagian daripada dakwah.
Tetapi bukan semua orang yang berpolitik melibatkan diri dalam dakwah.
Jadi politik sekadar subset kepada dakwah.
Artikel yang sangat bagus. Pengalaman tetap guru yang terbaik...
..ala kulli hal,kami semua menanti-nanti Dr n da geng balik dan bantu kembangkan dakwah di sabah nie..
Mantap Sfu!
Aku merasakan PAS tidak akan sempat mentalkinkan UMNO. UMNO akan bunuh diri sendiri, sedikit masa lagi!
Aku juga di ajar berpencak oleh orang KELANTAN, tidak pernah melaungkan seruan kepada PAS. Posisinya hanya seorang guru biasa tetapi telah berjaya mewarnai anak muda di Sandakan! Sehingga aku tahu bahawa dia adalah MT PAS di sebalik tabir..
Apapun, selamat berkawin!!
...Kawin ?...calon pun tiada lagi nie kamal..
bagus..bumi nilampuri ni pun sibuk dengan muktamar juga..minggu lalu muktamar Pimpinan MPP/JTK 09/10 Akademi Pengajian Islam UM. Moga mereka dapat kembalikan izzah bumi tarbiyyah ni..i'Allah bulan5 ni ana balik Tawau..mo tengok kesuburan dakwah di sana..apa yang ana dapat bantu i'Allah
slm..nanti nisa jumpa NISA' Tawau..
..awal tahun lepas, ana sempat hadir pogram anjuran PERPIS..junior2 Nisa'dari SMU Islamiyah ada yg masih terus istiqomah berpogram..klu balik p islamiyah bulan 5 nti, krim salam sama ustaz2 disana..ust zaki, ust raman dlln..
berdakwah dijalur politik..berpolitik dijalur dakwah -mohd natsir
kalau tahun lalu,ana berkesempatan g mktmr pemuda..kali ni nda sempat pula.balik sabah 23.5..apapun selamat bermuktamar..
di sana gunung,
di sini gunung,
di tepi gunung,
di tengah gunung,
di bawah gunung,
kenapa banyak sangat gunung????,
di sana gunung,
di sini gunung,
di tepi gunung,
di tengah gunung,
di bawah gunung,
slamat arijadi si bayu gunung...
Ceroi laa saladin
Catat Ulasan