Rabu, April 22, 2009

Dari Hati ke Hati







Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkahlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih.


Tuhan telah memperlihatkan belaskasihanNya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawa satu perasaan di dalam lindungan Tuan.


Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.


Jika engkau mencinta tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu! Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa.


Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih, laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan.


Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.


Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.


Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan kita sendiri.


Merasa tenteramlah selalu, senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu, kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup kian minit, kian baru.



Merasa senanglah selalu..



Merasa tenteramlah...



.....Lagi dan lagi




Gubahan dari Petikan : Annisah Mai




2 Komen:

myikhwanfiideen berkata...

Salam BUDIMAN CerIAWAN;

-Dalam makna entry ini.. Seakan dalamnya gambar tasek itu..

-Mungkinkah juga perasaan CINTA pada diri sang penulis diusik oleh sesuatu.. seseorang.. atau.. Atau apa2 sahajalah.. haha

-Padanlah tue.. Kalau tak, sampai bila kesepian.. Perjuangan perlukan teman.. Sahabat2 yg ada perlu juga, tapi teman yg satu itu pun lagi perlu.. Dia iabart Khadijah kita bang..

-Huu.. Ana pula yg lebih2 bg nasihat kpd abg2.. Bukannya apa.. Abg2 nie 'lama sangat'.. Nanti kene potong line oleh adek2 baru tahu..

-Apapun.. Teruskan perjuangan ya Bang.. Ana lama lg nie kat BUMI seberang.. Silap hari bulan tak balek.. haha

-Baru2 nie kene lantik pula duduk dlm Jabatan Perpaduan Nasional.

-Selamat bermuktamar!

P/s-Bole lg kalu nak berduet dgn ana.. PRogram bulan JUN nie ana balik sabah InsyA Allah.. Doakan.

bayugunung berkata...

Salam..

Ho..ho..apapun tafsirannya kita serah pada yg empunya hati..Dia

..Zul, sapa mo tolong abg jumat di K.B..PRU-13 mo btanding, tiada orang nie..

Zul balik! jangan tak balik!


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger