Ahad, Oktober 12, 2008

Menjelang PR Pensiangan






Calon Nabawan, Deni ( tengah )



" Kami sudah bosan duduk di bawah Dr Jefry ". Keras suara wakil dari Nabawan. Kami terus khusyuk mendengar.


" Kadazan-Dusun-Murut sebenarnya hanya memberi peluang kepada Dr Jefry terus berkuasa sedang kami tidak dapat membela suku kaum Murut. Sampai bila pun kami tidak akan dapat membela suku Murut selagi kami tidak mendapat kuasa. " Orang kuat Sdr Deni itu terus menarik perhatian kami yang datang berziarah.


Kedatangan kami semalam ke Nabawan menjelaskan lagi episod demi episod siri kempen di Nabawan menuju PR Pensiangan dalam bulan 11 atau bulan 12 nanti. Rombongan yang diketuai oleh Bro Hisamudin yang juga ketua pilihanraya Pakatan Rakyat disini cuba mendapatkan laporan dari semasa ke semasa perjalanan kempen di Nabawan ini. Pakatan Rakyat dalam babak awal ini sudahpun mendahului 80 peratus strategi berbanding parti lawan. Apa yang perlu sekarang ini iaitu bagaimana strategi penerangan dalam bentuk pemecahan minda masyarakat disini dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Dan yang paling penting, strategi pada saat-saat terakhir yang membuatkan undi berputar 360 darjah. UMNO sudah tentu dengan senjatanya "umpan duit".


"Kalau boleh, bawa itu Nik Aziz pigi sini ceramah. Itu orang memang boleh tahan kalau dia ceramah. Tapi itu sajalah, bagitau supaya dia jangan cakap kelantan. Susah kami mau faham ba. "..wakil masyarakt Murut itu membuat kami tergelak kecil. Usahkan beliau, kami yang ada koleksi ceramah Tuan Guru ini pun terkial-kial mencari bahasa bakunya dalam loghat Kelantan.


PR Pensiangan masih terlalu awal untuk membuat andaian kemenangan walaupun petisyen PR Pensiangan tempoh hari berjaya. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Seperti kata pepatah


" Bola itu bulat "....










4 Komen:

setanggi syurga berkata...

salam pr pensiangan.,.

semoga kemenangan berpihak ke kita..
asal saja kita sudah bersedia mengisi kemenangan..

~salam dr bumi peladang~

ACHIK AIDIK'S ABDULLAH berkata...

salam...satu teguran dari adikmu,bola itu bukan bulat, bola itu sfera, he3...

Unknown berkata...

Nice blog

;-)

Nafsah Dulajis berkata...

sedih pula mendengar permintaan wakil msyrkt murut itu.lucu pun ada...

realitinya mentaliti masyarakat di Sabah itu perlu diubah. juga masih perlu kerahkan tenaga untuk memahami waqi' di Sabah.

berusaha ke arahnya~


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger