Ahad, Oktober 19, 2008

Seharmoni Al hujurat : 13






Surat DPPNS untuk Bernard Dompok



"...kemudian kami jadikan diantara kamu berbangsa-bangsa dan bersuku- suku agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang terbaik dikalangan kamu iaitu yang paling bertakwa..."


Selesai mengemukakan laporan polis berkenaan isu ucaputama Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok, saya dimaklumkan oleh Bro Razak Jamil, Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah bahawa AMK juga akan buat Press Statement berkenaan isu tersebut. Saya juga memaklumkan kepada sahabat-sahabat di Sandakan dan Tawau agar melakukan tindakan yang sama.



Luruskan Budi


Melihat kepada perkembangan mutaakhir di Sabah ini, jalur-jalur perbezaan yang terputus-putus cahayanya semakin jelas dan tebal garis-garis pertembungannya. Pilihan kita dalam pertembungan yang pelbagai ini sudah tentu kebijaksaan mencari dimana titik temu persamaan dan titik perbezaan pula dilihat sebagai faktor sementara. Menanggapi perubahan iklim politik di Sabah yang tidak menentu ini, menemukan kita semula kepada apa yang kita tercicir selama ini iaitu "akhlak". Kenapa akhlak? kerana ia menifestasi Ugama..


Abdullah Bin Ubai melalui lisan dan perbuatannya adalah menifestasi daripada tidak jujurnya dalam berugama. Namanya munafik. Tidak sesekali tidak, dia akan mengaku gelaran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t itu..sedang Saidina Umar gementar hatinya risau. Ada saja dirasa pada dirinya sifat munafik kerana jujurnya dalam berugama. Tapi, manifestasi ugama antara Umar dan Abdullah Ubai amat jauh bezanya. Antara Umar dan Abdullah Ubai bezanya pada mukmin dan munafik. Beza Mukmin dan Munafik nampak cepat dan mudah pada definisi, tetapi tindakan tidak secepat dan semudah memberi definisi . Akhlak sabar kita diuji untuk bertindak berperingkat-peringkat....


Menghadapi situasi seperti ini dalam dunia dakwah-siasah-tarbiah pernah menggoncangkan PAS dan malah sehingga ke hari ini, isu Pakatan Rakyat terus menerajui hempas pulas pihak-pihak yang terlibat menuju keruntuhan regim UMNO dan BN. Pakatan Rakyat yang menghimpunkan pelbagai ras ideologi dan fahaman, seringkali memaparkan kepada kita perlanggaran terhadap prinsip Islam yang dibawa oleh teman-teman dalam Pakatan Rakyat. PAS dilanda resah. Pertama, keresahan berhadapan situasi baru ini mesti ditangani dengan penerangan ke bawah kepada ahli. Kedua, bagaimana perundingan dan tawaran bisa menjadi wadah untuk idea-idea Islam terus mendominasi struktur PR selepas ini. Nampaknya perjalanan yang jauh ini, kesabaran pendokong-pendokong Islam teruji lagi...


Bagaimana pula resahnya PAS di Sabah meraikan teman-teman dalam PR ?



Tn Hj Ansari ( 4 dari kiri ) di 'Open House' Pemuda PAS Sabah



Saya katakan, ruang baru yang terbuka ini adalah medan ujian PAS Sabah meneroka dan meluaskan komunikasinya kepada teman-teman dalam PR. Siapa tahu, jarak kita dengan Tn Hj Ansari tidak jauh rupanya dan jauh kita dengan anak buah Dr Jefry ( non muslim ) sudah nampak walaupun agak kabur dari kejauhan. Jika secepat dan semudah memberi definisi kita bertindak, maka perkataan 'munafik' itu bakal menebalkan lagi jurang yang sedia ada sebelum ini. Jauh lagi teman-teman PR non muslim untuk melihat sinar Islam di sebalik politik lembut PAS. Betapa akhlak sabar pencinta-pencinta Islam di uji dan entah berapa tahun lagi jangka masanya.



Seharmoni surah Al hujurat ayat 13


"...minta maaf terus terang saya katakan, saya berhenti daripada yayasan sabah kerana faktor berat sebelah. Kenapa orang Bugis pula yang lebih diutamakan daripada peribumi Sabah? "..tegas seorang pakcik berseluar pendek baru selesai membasuh keretanya. Saya dan cikgu Anuar cuma mengiyakan.


Saya tidak melatah bila ada satu hal terus di kaitkan dengan sentimen suku. Saya begitu memahami keadaan mereka. Inilah situasi sebenar umat Islam yang terus menerus disuntik dengan fahaman Assabiyah atas nama membela bangsa sendiri. Islam telah meletakkan perjuangan bangsa di tempat yang penting. Tapi tidak setinggi memperjuang Islam yang syumul. Bacalah kitab Fiqh Sirah karangan syeikh Dr Ramadhan Al Bouti, anda akan faham.


Sekali lagi ayat ini memerintahkan saya untuk berakhlak sabar mengajak kepada keharmonian terciptanya suku dan bangsa

"...kemudian kami jadikan diantara kamu berbangsa-bangsa dan bersuku- suku agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang terbaik dikalangan kamu iaitu yang paling bertakwa..."









2 Komen:

gopenghagen berkata...

salam ukhuwwah,
terasa cemburu dgn peluang yg diberikan kepada saudara utk meneruskan usaha dakwah di sabah. sehingga hari ini masih sahaja soalan2 kenapa saya belum ada kekuatan utk kmbali ke sana, masih menghantui,

Nafsah Dulajis berkata...

salam alaik...

dalam menghadapi sesuatu situasi...
jika kita memilih untuk meilhatnya sebagai masalah...maka ia akan menjadi masalah.
sebaliknya andai kita memilih untuk melihatnya sebagai peluang, menjadi peluanglah ia.

secara peribadinya saya melihat kepelbagaian suku kaum dan agama di Sabah adalah satu kelebihan buat kita. memanglah ia mendatangkan cabaran, tapi ia bukanlah satu masalah. masih bergantung kepada cara kita meilhatnya!

Berani saya katakan, dengan cabaran sehebat di Sabah itu, maka kita memerlukan kekuatan yang bukan calang-calang. Tidak Allah bebankan melainkan kesanggupan kita jua!

Bersyukur juga dgn keadaan di Tawau, yang pada saya mungkin jauh lebih baik daripada Sandakan rasanya.

Hingga nyata benarnya janji Rabbi!


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger