Sabtu, Julai 26, 2008

Antara 2 Darjat


Tragedi Kg Suluk ( Kg Bakau )


Mungkin belum terlambat rasanya saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pimpinan ISEUMS atas kecaknaan mereka terhadap insiden pemindahan atau dalam bahasa kasarnya 'Pengusiran' beramai-ramai apa yang dinamakan PATI ke negara asal mereka. Walaupun dibelakang sana ada terdengar suara-suara 'sumbang' agar tunduk dan akur saja, sebagai student yang hanya perlu menumpu kepada buku dan bilik kuliah. Ah..bosannya dengar suara-suara seperti itu



PKR Sabah, 1 kata 2 makna

Melihat semula kepada usaha murni Tun Datu Mustapha dalam lakaran sejarah politik di Sabah, adalah menjadi satu keabsahan bahawa ia adalah untuk mengimbangi kedudukan muslim dan non muslim yang memang besar jurangnya. Selepas itu, peralihan kuasa dari parti-parti yang wujud di Sabah telah mengheret politik sempit perkauman hingga menenggelamkan kepentingan dan survival orang-orang muslim yang asasnya dibina begitu baik oleh Tun Datu Mustapha.

Memang benar, isu 'perkauman' telah menjadi bahan komersil untuk menjustifikasikan kekuasaan dan tampuk pemerintahan terus berada di tangan pihak tertentu. Walaupun simbol keadilan yang lebih menarik selera politik orang-orang Sabah, namun intipati perjuangannya masih bias kepada keadilan kaum tertentu sebenarnya. Lalu, keadilan sejagat yang mewajahkan cita-cita Pakatan Rakyat di semenanjung agak sukar larut dalam Pekatan Perkauman di Sabah. Keadilan Sabah dalam dua nakhoda satu kapal pada hari ini, sedang bergelut diantara dua makna 'keadilan'. Yang satu mirip kepada bulan purnama, yang satu lagi lebih dekat kepada perkauman.




Menjuarai Isu


Merenung jauh pakatan


Tenggelam timbulnya isu-isu di Sabah ini begantung sejauh mana ia mampu dilontarkan di tengah-tengah masyarakat. Seingat saya, isu-isu rasuah dan penyelewengan di Sabah ini tidak kurang juga hebatnya seperti di semenanjung. Cuma kekurangannya, aktivis-aktivis kita masih tidak mampu kedepan membawa isu-isu masyarakat. Isu datang dan pergi namun, samada pemuda PAS mahupun Pemuda Keadilan masih banyak bergantung dengan suasana di Semenanjung. Mungkin kelebihan sedikit bagi pemuda Keadilan yang dibarisi oleh barisan peguam belaka. Sementara pemuda PAS rata-ratanya diwakili oleh guru-guru, sudah tentu banyak kekangan dan sebagainya.


Kalau begitu, adakah semata-mata bergantung kepada aspek pengurusan dalaman parti sahaja akan mampu melangkau jauh dari bertanding di DUN ke peringkat Parlimen?

Adakah, sokongan rakyat yang diterjemahkan kepada undi kemenangan tidak melibatkan kemampuan pemuda pakatan menjuarai isu-isu rakyat? ...isu rasuah, isu pecah amanah, isu penyelewengan dan banyak lagi,tidakkah ia menjadi satu kewajipan untuk mencegahnya dari sudut pandang tarbiah?


Setelah kita akur bahawa pengurusan dalaman dan menjuarai isu rakyat adalah satu gandingan mantap, mampukah majoriti guru-guru pemuda Pakatan rakyat keluar dari batas yang tidak boleh dilangkaui ini( Jawatan sebagai guru )? kalau begitu, saya bimbang perancangan yang kita terjemahkan dalam bentuk tindakan hanya terbatas dalam lingkungan "Guru" semata-mata. ( saya bukan anti cikgu ).


.......Saya berhenti merenung, lalu mengambil lebihan bendera Pakatan yang belum siap di tampal.



Generasi Pewaris


Semangat Bro! Cayuk, cayuk!


Senyum Tuan Guru?


Saya menoleh kebelakang melihat generasi waris kerja-kerja dakwah. Kuntuman bunganya kembang mekar di taman tarbiah. Warnanya menghijau segar menyejukkan mata yang memandang.


Tumpang glamour

Melihat ke depan jalur-jalur lebar ujian dan rintangan, saya terkenang kata-kata abang Mat

Katanya...." Allah akan terus memberi pertolongan kepada jama'ah Islam selagi mana ada orang yang ikhlas kerananya. Mungkin saja seorang pimpinan, mungkin juga pekerja susun selipar di tepi tangga. Sebab itu Allah melindungi PAS sampai sekarang "




3 Komen:

Laxmana berkata...

Salam...

Cuma ingin tinggalkan sedikit komen serta pesanan khas buat Tuan Empunya blog serta para Sahabat beliau...

Sebuah entri yang menarik! Namun, saya ingin mengajak semua untuk menelusuri semula sejarah kepolitikan negeri Sabah Yang Tercinta ini...

Bagi saya, Tun Datu Mustapa Datu Harun bukan seorang 'idol' yang boleh dinobat sebagai 'ikon' penyatuan Muslim di Sabah... Bukan juga Tun Mohd Fuad Stephen yang anak beliau (Donald Stephen) masih lg dengan kerakusan mengumpul hartanya pada saat dan ketika ini, juga bukan Datuk Haris dengan kenangan 'Berjaya'-nya, dan sudah tentu bukan C Pairin dan Musa yang X pandai Aman2 tuh!

Percaya atau tidak, 'tanggungjawab itu' jatuh pada kalian sekarang (termasuk saya sendiri).

Kalian lah yang perlu terus berjuang tanpa kenal erti rapuh dan putus asa...

Dan jgn terus-menerus merendah diri hanya dek kerana status 'guru' itu, dan jgn pula kita tersgt m'agungkan profesion 'para peguam' yang kononnya hebat itu.

Perjuangan kita jelas dan jauh lebih AMPUH berbanding mereka!

Harus diingat, tingkah dan gaya mereka saling tak tumpah macam 'umno barisan nasional' ...abg mereka.

Dan...untuk semua, langkah la lebih jauh...

(saya akan mengulas lanjut b'kenaan isu2 Sabah serta teori hayunan politiknya dalam blog saya, sedikit masa lg, harap dapat tunggu)

Terima kasih...

bayugunung berkata...

iya, terima kasih laksamana

bayugunung berkata...

ups, pembetulan ... laxmana...jgn marah bha raj


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger