Jambori Amal Negeri Sabah pun berlalu sudah. Kali ini, Kg Binawou Tengah menjadi perkampungan pilihan oleh lebih kurang 90 orang peserta dari pelusuk Negeri Sabah. Daerah sook yang disitu terletaknya Kg Binawou ini diduduki majoritinya oleh suku kaum Dusun yang berasal dari Daerah Ranau. Ketika kenderaan '4 wheel' sampai di simpang antara Daerah Sook dan Daerah Tenom, Tawau hanya lebih kurang 300 Km lagi dihadapan.
"Lain kalilah ikut jalan ini kalau nak balik Tawau,"..hati saya berdoa. Hanya mengambil masa selama 6 jam sahaja. Terujaaaa....
Di Kejauhan Binawou
Selepas lebih kurang 5 jam perjalanan dari Kota Kinabalu,sekali lagi saya dapat berpijak di bumi Sook. Daerah Sook dan sekitarnya adalah bumi yang saya kagumi kerana memikirkan jauhnya suasana disini dari jangkauan modenisasi yang pastinya akan mengundang kotoran sampah akhlak yang mencemarkan pemandangan seperti dikebanyakkan bandar-bandar dewasa kini.
Tentang daerah ini, ia telah lama diterokai oleh suku Dusun yang dikurniakan kudrat oleh Allah s.w.t, dengan perwatakan yang sopan santun itu mereka gagah membelah bukit bukau hutan belantara hingga wujud beberapa perkampungan disekitar daerah Sook. Mereka membuka tanah yang terbentang luas ini, menebas hutan belantara tanpa sebarang jentolak, sungguh saya kagum.
Di Kg Binawou ini, orang kampung masih belum mendapat bekalan elektrik dan hanya menggunakan enjin untuk menerangi lebih kurang 35 buah rumah dan masjid. Khabarnya gara-gara kes Pilihanraya Pensiangan yang dibantah di mahkamah tempoh hari, projek bekalan elektrik ke kampung ini dihentikan sementara waktu. Dan mangsanya ialah orang kampung. Kasihan orang kampung...tidak cukup, tanah yang diterokai oleh nenek moyang mereka ini masih belum mendapat geran oleh pihak yang ada niat 'umpan politik' agar orang kampung jadi seperti lembu dicucuk hidung.
Dalam keadaan begitupun, saya terkesima lagi melihat beberapa orang adik-adik sekolah rendah yang begitu bangga menggayakan aksi tarian shuffle yang agak terkenal sekarang ini. Sekejap saja diacah, adik-adik ini serentak menari shuffle didepan kami.
Ketika ditanya, " adik-adik ni shuffle tau, cuba kira berapa 12 darab 12?
...ndak tau...jawab adik-adik ini.
"Ah, alangkah malangnya adik-adiku ini. Kalau kampung ini hanya disebelah Kg Likas, ada abang Nadir yang akan tolong tengok-tengokkan kamu. Tapi di Kg Binawou ini..."
Apa pula kata mereka yang bergelar da'ie, sedang semua ini berlaku didepan mata mereka?!
...mungkin anda telah melakukan sesuatu, mungkin juga sebaliknya...
Bumi Antanum
Selain Paduka Mat Salleh, Antanum merupakan barisan perwira yang lahir di bumi Tenom bangkit mempertahankan bangsanya dari penjajahan. Beliau dan beberapa lagi rakan-rakannya yang setia terkorban ketika bertempur dengan askar British lebih kurang pada abad ke-18. Dan kini, bumi Antanum yang dilimpahi cahaya hidayah membawa generasi baru suku Murut melewati garisan masa Tsunami Politik.
Jika apa yang kita perjuangkan dalam sepak terajang pasca Tsunami Politik ini adalah semata-mata untuk meletakkan kalimah tauhid di tempat terpuncak sekali, maka dengarlah suara hati anak-anak generasi tenom kepada seorang ustaz yang baru berkelana di bumi Tenom ini..
"Ustaz lama sudah kami tunggu orang mau ajar anak-anak kami sembahyang, ajar mengaji..bila lagi ustaz mau ajar kami disini"
..sekali lagi saya bimbang, pendakyah lebih dahulu menghulurkan empati daripada pendakwah.
Cinta Orang Kelantan
Tiba di Masjid Pekan, kami disambut mesra oleh wajah-wajah bermata sepet dan berkulit cerah. Jika sekali imbas, anda tentu menyangka mereka ini dari kaum cina. Tidak, sebenarnya suku Dusun memang mirip-mirip kaum cina. Kalau nak tahu bezanya, nanti tanya saya ya....
Cukup mencuit hati adik-adik disini. Tiba-tiba saja..
"Abang, abang orang kelantan bah kan?"...celah seorang adik.
"Tidaklah, abang orang Sabah bah", saya sengaja menambahkan kekonfiusan mereka. Makin tidak percaya adik-adik ini. berkerut-kerut dahi mereka..ha..ha..seronok pula mengenakan adik-adik ni.
Mungkin ada benarnya apa yang dilihat oleh adik-adik ni, sebab saya banyak belajar dari dua orang sahabat saya yang berdarah kelantan, saudara Ruslan dan saudara KY. Merekalah guru saya. Saya dibesarkan oleh cinta orang kelantan, ustaz saya, warden saya, guru tarannum saya, jurulatih bola sepak saya, naqib saya semuanya orang kelantan....cuma bakal isteri saja yang belum masuk dalam list...kui...kui
Bukan cintanya Laila Majnun
.....Cinta yang tewas di penghujung yang tidak pasti.
10 Komen:
seronok pg tenom,cantik n less polluted. tugu antanum tu x tutup aurat la.
laila? majnun?
^_^
Salam ziarah,
Rupanya projek ke Tenom n Tambunan projek membangun msyrkt Dusun. Kalau tau ana menyusul dh hrtu. Em, method dakwah kne diperkemas dan dibongkar. Ramai yg takut nk berkecimpung.
InsyaAllah tak lama kita dpt bekalan sayur dr kakanda angkat di Binowou. menyelam sambil minum air.Hehe..
Cinta org kelantan? Uhuk2..Sabah, sarawak, ana bleh offer..klantan blum ada :)
Nak kahwin ngan orang kelantan ka?? boleh diusahakan tu... hehe
..saya dah agak, mesti ramai yg mau jadi ejen mencari jodoh ni..bole apa salahnya, nanti saya tengok-tengok listnya..gurau ba
KY ORG KELANTAN KA?
..ini soalan 'double meaning' nie. iya, maknya org nogori, bapaknya ore qlate
Ini bukan blog suara gunung, ini blog bayugunung.....tidak patut soalan itu ditanya.....
ini satu konspirasi sempena pemilihan ni.....
hahahah.......
kalu nok ko oghe kelate, pah ni blja kecek kelate selalu, pahtu make budu sokmo...
tapi2 anak kenala ckap sabah bah kan..kasi malu bapa tu kalau anak ndak pndai ckap sabah nanti...
Assalamu'alaikum...
Tuan bawa isu hangat, macam ruang mencari pasangan pulak. Apa pun jgn lupa carikan pada yg belum ada lagi. Hehehe.
Satu permulaan yang baik untuk melangkah ke peringkat seterusnya...
Catat Ulasan