Ahad, November 30, 2008

Belajar Untuk Suka




Begini rupanya...


Kebiasaan kita, berucap di depan audiens yang ramai bilangannya. Kadang-kadang sampai mencecah beratus orang pendengar. Semuanya terpaku memasang telinga mendengar butir kata-kata yang dilafazkan oleh penceramah. Hal itu kita sedia maklum.


Bagaimana pula, kalau secara tiba-tiba audiens yang mendengar apa yang hendak kita sampaikan cuma seorang diri
terpaku didepan kita walaupun kadang-kadang nampak kabur dengan apa yang hendak kita sampaikan.


Tambah lagi, lokasinya di kampung-kampung yang masih belum sempurna fasilitinya. Apa perasaan anda ketika itu?..Jadualnya pula sudah di tetapkan..habislah


'cukuplah minggu ini aku bagi pengisian disini'..mungkin itu antara kata-kata yang terlintas di hati kita.


Masanya akan tiba, kuantiti dan kualiti sasaran dakwah kita tidak selamanya tersedia untuk kita canaikan sesuka hati kita. Ada kalanya, kita harus bersedia menerima seorang mad'u yang kena dicuit dari segenap arah. Mungkin ada yang mesti di selam ke lubuk hati. Adapun kebanyakkan hal seperti diatas seringkali tidak anda gemari keadaannya. Jadi...


Belajarlah suka apa yang kita tidak suka.




Usrah Kobuni


Selepas beberapa kali keluar masuk kampung, akhirnya sahabat yang setia menemani saya berjaya membentuk ahli usrahnya, iaitu dua orang anak-anak sekolah rendah. Hah, kalau di kampus dulu, tajuk usrahnya bukan main tinggi lagi, setinggi menara gading. Kali ini, tajuk usrahnya 'mari belajar Iqra'.


Saya pula, tazkirah selepas maghrib selalunya agak tidak mengecewakan kerana bukan sahaja ada seorang audiens yang setia mendengar tetapi oleh semua kipas-kipas dan dinding-dinding surau yang tetap tidak berganjak dari kedudukan mereka. Dengan selambanya membayangkan didepan saya ada 100 orang sedang terpukau mendengar apa yang sedang saya sampaikan. wow..


Saya pernah membaca buku tentang sejarah kehidupan Dr Burhanudin Al Helmy. Sudahlah sound system angkat sendiri, sampai ke tempat ceramah cuma ada pokok getah sahaja terpacak, seorang manusia pun tidak kelihatan. Tetapi beliau terus menyampaikan ceramah walaupun hanya didengar oleh pokok getah saja. Agaknya kalau kita, taubatlah tak nak datang lagi.



Pesan kekasih junjungan mulia kita



"Sampaikanlah dariku walaupun dengan satu ayat "




4 Komen:

Nafsah Dulajis berkata...

subhanAllah. moga thabat ust.
beginilah realiti di Sabah.
La tahzan. Allah ma'ana!
keep on moving!

ZHAFRAN berkata...

Allahuakbar!

Berazamlah untuk menjadi da'ie seumur hidup!

Tanpa Nama berkata...

kalau audiens ramai pula, ada lg yg hebat2 - TGNA bilang, "anggap demo tu mcm tunggul kayu" bukan penghinaan, tp supaya jgn gugup. tetap sentiasa bersemangat.

Nurhidayah Jaafar berkata...

"SMALL IS BEAUTIFUL" - KECIL ITU CANTIK

Bila kita berdakwah dan memperjuangkan sesuatu, kelompok itu sentiasa kecil. Jika kelompok itu sudah besar, maksudnya tidak ada apa2 yg perlu diperjuangkan krn Islam itu sudah diterima.

Walaupun kecil, tetapi kecil itulah cantik dan comel.

soroti kisah perjuangan Ust Rahmat 'Sang Murabbi'. Besar itu bermula dari yg kecil


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger