Isnin, Mac 23, 2009

...Cinta Orang Kelantan

Jambori Amal Negeri Sabah pun berlalu sudah. Kali ini, Kg Binawou Tengah menjadi perkampungan pilihan oleh lebih kurang 90 orang peserta dari pelusuk Negeri Sabah. Daerah sook yang disitu terletaknya Kg Binawou ini diduduki majoritinya oleh suku kaum Dusun yang berasal dari Daerah Ranau. Ketika kenderaan '4 wheel' sampai di simpang antara Daerah Sook dan Daerah Tenom, Tawau hanya lebih kurang 300 Km lagi dihadapan.

"Lain kalilah ikut jalan ini kalau nak balik Tawau,"..hati saya berdoa. Hanya mengambil masa selama 6 jam sahaja. Terujaaaa....


Di Kejauhan Binawou


Selepas lebih kurang 5 jam perjalanan dari Kota Kinabalu,sekali lagi saya dapat berpijak di bumi Sook. Daerah Sook dan sekitarnya adalah bumi yang saya kagumi kerana memikirkan jauhnya suasana disini dari jangkauan modenisasi yang pastinya akan mengundang kotoran sampah akhlak yang mencemarkan pemandangan seperti dikebanyakkan bandar-bandar dewasa kini.

Tentang daerah ini, ia telah lama diterokai oleh suku Dusun yang dikurniakan kudrat oleh Allah s.w.t, dengan perwatakan yang sopan santun itu mereka gagah membelah bukit bukau hutan belantara hingga wujud beberapa perkampungan disekitar daerah Sook. Mereka membuka tanah yang terbentang luas ini, menebas hutan belantara tanpa sebarang jentolak, sungguh saya kagum.



Di Kg Binawou ini, orang kampung masih belum mendapat bekalan elektrik dan hanya menggunakan enjin untuk menerangi lebih kurang 35 buah rumah dan masjid. Khabarnya gara-gara kes Pilihanraya Pensiangan yang dibantah di mahkamah tempoh hari, projek bekalan elektrik ke kampung ini dihentikan sementara waktu. Dan mangsanya ialah orang kampung. Kasihan orang kampung...tidak cukup, tanah yang diterokai oleh nenek moyang mereka ini masih belum mendapat geran oleh pihak yang ada niat 'umpan politik' agar orang kampung jadi seperti lembu dicucuk hidung.







Dalam keadaan begitupun, saya terkesima lagi melihat beberapa orang adik-adik sekolah rendah yang begitu bangga menggayakan aksi tarian shuffle yang agak terkenal sekarang ini. Sekejap saja diacah, adik-adik ini serentak menari shuffle didepan kami.


aksi ber 'shuffle'


Ketika ditanya, " adik-adik ni shuffle tau, cuba kira berapa 12 darab 12?

...ndak tau...jawab adik-adik ini.

"Ah, alangkah malangnya adik-adiku ini. Kalau kampung ini hanya disebelah Kg Likas, ada abang Nadir yang akan tolong tengok-tengokkan kamu. Tapi di Kg Binawou ini..."

Apa pula kata mereka yang bergelar da'ie, sedang semua ini berlaku didepan mata mereka?!


...mungkin anda telah melakukan sesuatu, mungkin juga sebaliknya...



Bumi Antanum


Tugu Antanum


Selain Paduka Mat Salleh, Antanum merupakan barisan perwira yang lahir di bumi Tenom bangkit mempertahankan bangsanya dari penjajahan. Beliau dan beberapa lagi rakan-rakannya yang setia terkorban ketika bertempur dengan askar British lebih kurang pada abad ke-18. Dan kini, bumi Antanum yang dilimpahi cahaya hidayah membawa generasi baru suku Murut melewati garisan masa Tsunami Politik.


Jika apa yang kita perjuangkan dalam sepak terajang pasca Tsunami Politik ini adalah semata-mata untuk meletakkan kalimah tauhid di tempat terpuncak sekali, maka dengarlah suara hati anak-anak generasi tenom kepada seorang ustaz yang baru berkelana di bumi Tenom ini..


"Ustaz lama sudah kami tunggu orang mau ajar anak-anak kami sembahyang, ajar mengaji..bila lagi ustaz mau ajar kami disini"


..sekali lagi saya bimbang, pendakyah lebih dahulu menghulurkan empati daripada pendakwah.


Cinta Orang Kelantan


Wajah-wajah generasi harapan


Saya, Cikgu Anuar dan Ustaz Jamzari meneruskan perjalanan pula ke Tambunan. Lokasi dimana tugu Paduka Mat Salleh ditempatkan.

Tiba di Masjid Pekan, kami disambut mesra oleh wajah-wajah bermata sepet dan berkulit cerah. Jika sekali imbas, anda tentu menyangka mereka ini dari kaum cina. Tidak, sebenarnya suku Dusun memang mirip-mirip kaum cina. Kalau nak tahu bezanya, nanti tanya saya ya....

Cukup mencuit hati adik-adik disini. Tiba-tiba saja..

"Abang, abang orang kelantan bah kan?"...celah seorang adik.

"Tidaklah, abang orang Sabah bah", saya sengaja menambahkan kekonfiusan mereka. Makin tidak percaya adik-adik ini. berkerut-kerut dahi mereka..ha..ha..seronok pula mengenakan adik-adik ni.

Mungkin ada benarnya apa yang dilihat oleh adik-adik ni, sebab saya banyak belajar dari dua orang sahabat saya yang berdarah kelantan, saudara Ruslan dan saudara KY. Merekalah guru saya. Saya dibesarkan oleh cinta orang kelantan, ustaz saya, warden saya, guru tarannum saya, jurulatih bola sepak saya, naqib saya semuanya orang kelantan....cuma bakal isteri saja yang belum masuk dalam list...kui...kui


Bukan cintanya Laila Majnun


Siapa sangka cinta Laila, hingga dinding dan lorong-lorong di setiap jalan menuju istana wanita sanjungannnya itu pun bisa menjadikan rindunya reda seketika. Namun, sedalam rasa cinta Laila hingga digelar 'Laila Majnun', ia tidak lebih dari dua batang tubuh manusia yang hilang pertimbangan yang rasional antara realiti dan fantasi. Akhirnya cinta Laila, cinta membawa rebah....


.....Cinta yang tewas di penghujung yang tidak pasti.







Isnin, Februari 23, 2009

Langit Gaza

Langit Gaza yang terukir kesempurnaan ciptaan-Nya, terus memaut mata menikmati keindahannya dari satu ufuk ke ufuk lain hinggalah ia beransur-ansur hilang apabila pandangan beralih turun ke tanahnya yang kering ketandusan, dimana harapan dan kenangan dikambus bersama puing-puing kemusnahan. Antara tangisan si anak kecil dan ribuan peluru yang tidak mengenal mangsa, masihkah ada ruang-ruang untuk menyatakan impian dan harapan, bahawa kita masih berkongsi kehidupan yang sama?


...mungkin tidak bagi yahudi laknatullah...


Menyelusuri semula lorong-lorong sepi di Gaza, dimana anak-anak kecil berlari riang bertukar tangisan yang memilukan, tidak tahu mengapa dalam usia yang masih kecil mereka sudah tidak nampak lagi dimana masa depan, yang tinggal hanyalah beberapa detik tawa riang sebelum ia dirampas pergi bersama tangisan yang mengiringi.


Namun, ia bukanlah pemergian yang sia-sia...




Matrikulasi Labuan


Berada di Gaza sebelum dan semasa perang meletus, Timb Presiden Yayasan AMAL Malaysia En Jamuliddin Elias menceritakan semula pengalaman beliau kepada pelajar-pelajar Matrikulasi Labuan sepanjang berada di sana.

"saya sangat sedih, kebanyakkan yang jadi mangsa ialah kanak-kanak yang tidak berdosa. apa salah dan dosa mereka? sambil menunjukkan slaid di depan ratusan pelajar Matrikulasi





"Gambar diatas ni merupakan kanak-kanak yang menjadi mangsa bom pisau yang ditembak oleh tentera yahudi. Bom pisau merupakan salah satu bom kimia yang diharamkan penggunaannya sejak tahun 2002 lagi". Sambung Abg Jamal


Dewan Matrikulasi senyap, semua sedang tertumpu kepada slaid didepan mata. Pelbagai riak emosi bermain di wajah hadirin pada malam itu. Ada yang terlopong, ada yang sayu dan ada juga yang tunduk tidak sanggup menatap slaid. Mujur abg Jamal menyelitkan sedikit lawak, kalau tidak mungkin malam itu jadi malam 'muhasabah diri' agaknya.


"satu lagi bom kimia yang digunakan oleh tentera Israel iaitu bom fosforus putih. Ini juga merupakan bom kimia yang dilarang penggunaannya oleh pertubuhan dunia". Hadirin dalam dewan sekali lagi dibawa ke slaid lain, seolah-olah mereka betul-betul sedang berada di Gaza.


Tembakan Bom Fosforus Putih


".....dan inilah kesannya. kebanyakkan yang menjadi mangsa iaitu kanak-kanak yang tidak berdosa tuan-tuan sekalian". Abg Jamal merendahkan nada suaranya. terdengar sayup-sayup suara istighfar dari penonton yang hadir.


" Tuan-tuan, bom fosforus putih kalau terkena pada badan, dia masuk dibawah kulit dan mula mereput. Ia mudah dibawa oleh angin, kalau terkena pada mata, buta tuan-tuan"..sambil menunjukkan beberapa slaid lagi mangsa-mangsa bom fosforus putih.




" yang sedihnya tuan-tuan, dalam keadaan ramai orang awam yang terkorban dan perlukan rawatan, kerajaan Mesir pula yang tidak membenarkan bantuan ubat-ubatan dan makanan masuk ke dalam sempadan. Kami terpaksa berkampung diluar sempadan berminggu-minggu untuk memujuk para petugas membenarkan kami masuk"..Sekali lagi penoton di kesalkan melihat beberapa slaid yang terpampang.


Kelihatan berpuluh-puluh trak bantuan makanan ke Gaza tersadai ditepi jalan sempadan Mesir-Rafah, ada yang sudah basi kerana terlalu lama disimpan. Sementara itu, polisi petugas di sempadan pula berubah-ubah. Sekejap boleh masuk sekejap tidak.


Abg Jamal menyambung lagi...


"lepas 4 hari berkampung di sempadan tidak dibenarkan masuk, saya tak tahan sabar lagi. Saya mengomel dengan rakan doktor perubatan disebelah saya" suara abg Jamal ditekan sedikit


"Sabar Pak Jamal, pak Jamal baru 4 hari, saya sudah 2 minggu duduk disini"..balas Dr perubatan dari Indonesia itu.


* * *

Menceritakan pengalaman sendiri di Gaza, penonton di Dewan Matrikulasi Labuan pada malam itu seakan tidak puas mendengar khabar berita yang tidak akan dapat disaksikan di media arus perdana. Malam itu, semua yang datang seakan dikejutkan dari lamunan. Malam itu adalah malam untuk ummat Islam Gaza di Labuan. Di iringi keluar oleh Pengarah Matrikulasi Labuan, abg Jamal diberikan tepukan gemuruh oleh penonton yang hadir. Ada juga terselit suara bertakbir di kiri kanan menuju ke pintu keluar dewan. Malam itu malam untuk Gaza....


Saya juga mengucapkan syukur yang panjang. Tentang Gaza pada malam itu, mengingatkan semula tentang cinta dan ukhwah, azam dan tekad yang kuat, perjuangan yang tidak akan kalah, cintakan kebenaran, semuanya itu mengalir menuju kearah tujuan yang satu iaitu redha Allah.


Sebelum berangkat pulang...Abg Jamal ( songkok hitam )



saya melangkah keluar dari dewan, mata segera berlari ke langit sambil bermohon, moga langit Gaza kembali seperti langit kita semua.

Ahad, Februari 08, 2009

Perak ke Pensiangan





di Private Dinner & Dialogue



DSAI ketika makan malam bersama beliau menyindir, entah siapa disindirnya. Mungkin saya juga agaknya terkena sindiran tersebut.


Perlu kita semua akur bahawa rentak ke sukuan yang masih kuat dialunkan oleh kalangan Pakatan Rakyat di Sabah, tidak akan membawa arah perjuangan melonjak ke paras yang lebih universal sifatnya. ' Change a must' merupakan intipati yang akan menggerakkan perubahan di sabah ini seperti moto makan malam tertutup bersama DSAI, sangat jelas ia bukanlah kesudahan kepada sebuah lompatan si katak lompat, bukan juga kesukuan melulu atau yang lebih merbahaya dari itu...agenda 'kristianiasasi'.




Perak Satu Penilaian


Pastinya, ketika ini semua tertumpu kepada pergolakan yang berlaku di Perak dimana satu lagi aksi jijik yang dilakukan oleh watak-watak yang tidak asing lagi dalam tajuk drama yang sama "lompat si katak lompat". Dalam keadaan yang sangat kritikal sekarang ini, siapa mencatur strategi terpantas, dialah yang akan merangkul pingat. Tapi bukan dengan cara membelakangi 'nilai', bukan di atas jalan yang terang - terangan menumpukkan satu kejahatan diatas kejahatan yang lain.

Ketika isu ini disentuh, ia akan membawa kita menyelak dari satu muka surat ke muka surat yang lain, menyelam dari permukaan ke dasar untuk mencari sebuah akar permasalahan yang menjadi sebab musabab. Jika sebelum ini, kita terpana dengan laungan yang indah-indah segalanya untuk rakyat dan keadilan semua, kini saatnya untuk menilai semula mengapa segalanya indah khabar dari rupa. Jelas di depan mata kita dalam situasi di Perak hari ini, bagaimana makna keadilan yang didokong dan difahami oleh kita semua tidak mampu membersihkan 'cara dan matlamat' untuk mencapai keadilan yang dijanjikan.

Jika 'cara dan matlamat' itupun sudah bermasalah, apakah terma keadilan itu sendiri yang mesti dipertikaikan juga? Bukankankah terma keadilan tersebut memang boleh ditafsir dari pelbagai sudut?

Jadi, keadilan yang ini tafsiran siapa?

..manusia atau Tuhan?



Perak ke Pensiangan

Belum lagi bahang pergolakan di Perak berakhir, rakyat negara ini terutamanya di Sabah akan bertumpu pula di Pensiangan. Jika hakim tidak berputar 360 darjah, Pensiangan bakal menjadi pentas seterusnya drama di Perak berterusan atau tidak. Apa yang tidak mustahil jika 'ada duit semua boleh jadi'....


Pensiangan juga akan menjadi titik awal Pakatan Rakyat di Sabah memperlihatkan kesungguhan dan komitmen meraih perubahan untuk rakyat Sabah. PAS dalam hal ini telahpun memberikan satu muqaddimah kerjasama yang baik dihulur kepada teman teman pakatan yang lain. Jika sebelum ini, dalam kebanyakkan hal pendokong PAS Sabah banyak 'berpencak' sesama sendiri, mari kita alihkan kepintaran dan kemahiran pencak tarbiah, dakwah dan siasah kita dalam realiti dan gelanggangnya yang sebenar. Kalau menjadi teraju belum mampu, jadi ekor yang belajar mesti dimulakan dari sekarang.



Paradigma Tauhid


Gambar Tuan Guru, apa maksudnya?


Secara mudahnya, semua ibadah tidak akan terlepas dari Ubudiyah kepada Allah s.w.t. Sejak bangun dari tidur hinggalah membangun sebuah negara paradigma inilah yang mesti diterjemahkan dalam kehidupan manusia kepada bentuk-bentuk struktur yang dapat diamalkan bersesuaian matlamat Ubudiyah itu tadi. Struktur tanpa wasilah yang sesuai akan manjadi fantasi semata-mata, sementara wasilah tersebut tidak tenggelam dalam realiti semasa hingga kabur untuk mencapai matlamat Ubudiyah.


Jika sebelum ini saya ada menyentuh buku tausug karangan Sdr Asri Moro, kali ini saya berminat menyentuh hasil penulisan anak Sabahan Sdr Mutalib MD.


Tausug dari sejak mula lagi menceritakan secara jelas bagaimana akhirnya Islam tetap menjadi ruh dalam setiap perkembangan suku-suku di Sabah hinggalah jihad menjadi puncak kepada tingginya cita-cita Islam di kepualaun borneo satu masa dahulu. Pasca pemerintahan penjajah yang membawa paradigma dan struktur sistem yang berbeza hingga kini di Sabah, kita boleh menilai samada Islam dan strukturnya kian terpinggir atau tidak. Yang menentukan bukan kuantiti tetapi kualiti umat Islam.


Mutalib MD berjaya menggambarkan realiti pasca penjajahan yang menelurkan pelbagai istilah yang menjelma menjadi insititusi semasa yang kabur untuk mencapai maksud Ubudiyah. Dari sudut lain, paradigma kesan-kesan penjajahan berjaya menghubungkan antara wasilah dan realiti semasa dengan terinstitusinya 'Politik Kesukuan' yang akhirnya secara tanpa disedari menghanyutkan umat Islam jauh dari wasilah sebenar untuk mencapai maksud Ubudiyah kepada Allah s.w.t..'IC palsu' merupakan agenda yang jelas tercapai hasil daripada politik kesukuan yang berjaya menghubungkan antara realiti semasa dan wasilahnya.


Maka cabaran utama pendokong Islam di Sabah ini adalah menfokus kepada meletakkan wasilah ataupun kaedah yang bertepatan dengan realiti masalah umat Islam di sabah yang menjadi rujukan yang jelas agar tercapai maksud paradigma tauhid. Disinilah kekosongan yang perlu diisi, setelah sekian lama paradigma pasca penajajahan sudah lama berinstitusi.



Selepas Perak saya kira pensiangan salah satu pilihan dimana kita seharusnya bermula....

Sabtu, Januari 17, 2009

Terkejut atau tergeli





Kota Kinabalu,
16 Januari 2009 - Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Angkatan Muda Keadilan dan PAS Kawasan Kota Belud telah membuat satu laporan polis berkenaan kenyataan Pengerusi MUIS Syed Abbas Syed Ali dalam akhbar Daily Express bertarikh 15 Januari 2009.

Merujuk kepada kenyataan Syed Abbas yang juga ADUN Balung tersebut, beliau telah mempertikaikan keputusan Mahkamah Syariah Negeri Pahang yang telah menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 6 kali
sebatan kepada 2 orang pemuda kerana didapati bersalah meminum arak.






Malah beliau juga
menganggap hukuman 6 kali sebatan tersebut tidak sesuai dikenakan keatas pesalah yang disabitkan itu.

YDP PAS Kawasan Kota Belud, Ustaz Mustaqim ketika ditanya berkenaan isu kenyataan Syed Abbas itu, beliau berkata “Kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan kerana beliau seorang yang mempunyai reputasi yang baik sebagai Pengerusi MUIS.”

Tambah Ustaz Mustaqim “Seharusnya Syed Abbas menyokong keputusan Mahkamah Syariah Negeri Pahang dan menjadikan penghantaran ke pusat pemulihan sebagai lanjutan kepada hukuman tersebut.”

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah Sdr Razak Jamil berkata “Kenyataan Syed Abbas itu sepatutnya ditarik balik kerana ia memberi gambaran yang tidak baik terhadap institusi Islam di Negara ini .“

Mahkamah Syariah merupakan badan yang ditubuhkan untuk melaksanakan hukum
-hukum yang bertepatan dengan syariat Islam dan jika ada permasalahan yang timbul perlulah dirujuk mengikut lunas undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan, ulas beliau lagi.

Pakatan Rakyat membuat laporan di Balai Polis Kota Belud pada jam lebih kurang 2.00 petang dan bersurai pada jam 4.30 petang selepas menyerahkan butir-butir keterangan yang dikehendaki oleh pegawai polis yang bertugas.

Sumber : Sabahdaily.com




Saya agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi MUIS itu. Tidak tahu pula dengan beliau dengan laporan oleh PR, terkejut atau tergeli.

Selepas itu, kami bertolak ke Kg Keranjangan untuk melihat sedikit masalah yang dihadapi oleh penduduk disana. Anggapan biasa-biasa saja dengan hal seperti ini bertukar menjadi satu kejutan pula oleh tindakan 'ad-hock' penduduk kg Keranjangan.




Dari tindakan mengusir duta Israel oleh Negara Venezuela, ke perarakan aman di Finland, ke Negara China sampailah ke Kg Keranjangan Kota Belud menggambarkan sentimen kemanusiaan yang dikotori di Palestin itu menusuk ke hati-hati yang berdenyut dengan naluri kasih sayang sesama insan. "Kalau yang duk Universiti pun tak sedar, malu dekat orang kampung"

Kg anda macamana ?


Walau apapun, tahniah rakyat Kuala Terengganu.






Isnin, Januari 12, 2009

Boikot Sampai Lumpuh !!!








Mulakan Kempen Boikot Produk Keluaran Israel Dari Sekarang. Cetak, Edar Dan Tampal Di Blog Anda. Kita Boikot Sampai Lumpuh !!!




Ahad, Januari 04, 2009

Muqaddimah 1430 Hijrah

Lembaran baru 1430 Hijrah, saya dan sahabat-sahabat dari Unit AMAL dan Persatuan Siswazah Sabah mengisi muqaddimah lembaran hijrah dengan menziarahi saudara se Islam di Kiulu. Sehari sebelum itu, kami sempat mengisi lembaran tahun baru Masihi dengan turun bertemu masyarakat umum yang sedang asyik dibuai pesta tahun baru 2009.



Menanti detik-detik tahun baru, orang ramai sudahpun berkumpul untuk 'countdown' di dataran Padang Merdeka bersama artis kesayangan mereka. Saya bersama-sama sahabat-sahabat PSS mencelah-celah 'sapa,senyum dan salam' menghulurkan hadiah tahun baru dari Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kepada pengunjung yang datang.







Bersama rombongan gabungan NGO Islam CONCERN, saya bersama ustaz kesayangan saya ustaz Akmal berkunjung ke Kiulu, sebuah perkampungan yang cantik pemandangannya. " I Love You" antara perkataan yang menceriakan Muktamar PAS Pusat di Perak baru-baru ini. Desakkan dari senator Mumtaz agar teori " I Love You " benar-benar dibuktikan bukan sekadar di mulut sahaja. Bertambah ceria lagi, apabila Tn Guru Presiden sendiri memberikan respon. Oleh kerana prihatinnya Ustaz Akmal kepada saudara-saudara baru, saya dengan terkagum lalu melafazkan..." I Love You Ustaz Akmal "..





Ketika kami bersembang diberanda rumah bersama emaknya, juhairi menyembunyikan dirinya dalam bilik. Setelah emaknya memanggil namanya beberapa kali kerana kami hendak bertemu denganny, baru beliau berani keluar dipintu dengan senyuman. " Malu dia, rumahnya buruk, ndak cantik macam rumah orang lain" emaknya menambah. Senyuman yang murah penuh keikhlasan di wajah kedua-dua anak dan ibu ini, sudah cukup membuatkan hati berbuak simpati. Simpati kerana bendera 'biru' yang terlekat di dinding depan rumahnya terus mungkir janji kepada keluarga ini. " Tukar bendera biru ni. Nanti kami bagi bendera baru warna hijau bulat di tengah"..Gurau Ustaz akmal..Mak Juhairi sekali lagi tersenyum..Kasihan umat.




Inilah yang dirisaukan oleh baginda ke atas umatnya jika Islam bukan pilihan, sehingga di akhir hayat baginda terus menyebut.." Ummati-ummati "

Rabu, Disember 31, 2008

Bantah Zionis






Bantah Zionis di Kota Kinabalu


Kota Kinabalu, ( Sbh-kita.net) - Kekejaman Rejim Zionis yang berlarutan sehingga ke saat ini terus dibantah oleh semua warga dunia yang tidak bersetuju dengan tindakan yang tidak berperikamanusiaan itu.

Sehubungan dengan itu, demi menyahut seruan warga dunia mengutuk kekejaman Zionis, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang diketuai oleh Naib Ketua Pemudanya Sdr Lahirul Latigu telah mengadakan demonstrasi aman yang diadakan di Perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu zohor.

Selaku mewakili suara umat Islam di Sabah, Sdr Lahirul menggesa umat Islam agar mengambil berat isu yang berlaku di Palestin kerana ia merupakan isu umat Islam seluruhnya. Tambah beliau lagi " kekejaman demi kekejaman yang dilakukan oleh rejim zionis sudah tidak boleh lagi diterima oleh sesiapapun yang berlainan bangsa dan ideologi. Sebab itu, isu Palestin ini mesti disebarkan kepada semua lapisan masyarakat "

Ketika perhimpunan terebut, seramai lebih kurang 15 orang wakil daripada dewan pemuda PAS dan NGO Islam memegang sepanduk dan banner mengutuk kekejaman yang dilakukan rejim Zionis yang telah mengorbankan lebih kurang 380 orang dan seramai 1750 lagi cedera parah.

Sdr Lahirul juga berkata, " Umat Islam tidak akan berdiam diri dengan apa yang tela dilakukan oleh rejim Zionis. Barisan pemuda Islam rela berkorban apa saja demi untuk menuntut agar tindakan ganas rejim zionis tersebut dihentikan serta merta".

Perhimpunan aman tersebut bersurai selepas hasrat dan tuntutan daripada umat Islam disampaikan. Tambah Sdr Lahirul lagi, satu perhimpunan aman akan diadakan sekali lagi secara besar-besaran yang akan diadakan di kota Kinabalu dan akan dimaklumkan kemudian. Petikan dari sabah-kita.net



Menyahut tuntutan satu ikatan seakidah di bumi Palestin, berdemo ataupun berhimpun atau apa saja nama yang diberikan untuk memberikan gambaran yang tepat, merupakan satu tindakan yang lahir daripada pemikiran yang merdeka.

Ada lagi sesetengah kes, berhimpun untuk menyuarakan pendapat dan pandangan terus saja diserkup sebagai pembangkang. Bila anda sudah termasuk ke dalam serkup membabibuta tersebut, anda kena jadi 'biru' baru boleh keluar. Alangkah malangnya muda-mudi hari ini yang rosak haru 'biru' kerana pemikirannya dipenjara dan disekat juga oleh si 'biru' yang haru.

Jadi, jangan segan-segan turun berdemo




Ahad, Disember 28, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah

Biasa-biasa saja, suasana di akhir-akhir detik 1429 Hijrah tidak menzahirkan sesuatu yang berbeza berbanding hari demi hari, bulan demi bulan yang berlalu. Suasana sambutan tatkala Nabi s.a.w tiba diperbatasan kota madinah disambut bait-bait indah penuh kesyukuran dan riang tidak terkata, berganti dengan tembakkan bunga api di dada langit, hon kereta yang bersahutan dan pasangan anak muda yang dirasuk nafsu. Itupun kerana tahun baru masihi, kalau kerana Maal Hijrah tidak tahulah saya. Nyatalah pada kita, beza antara keduanya oleh hujung pangkalnya iaitu kembali kepada nikmat Iman.


Sejenak merenung kembali sebuah makna 'hijrah' yang hilang, ketika Taif cuma menghadiahkan lontaran batu-batu yang menyakiti Baginda, Kota Makkah terasa sempit oleh cacian dan seksaan quraisy, Khadijah dan Bapa saudara yang dikasihi tiada lagi disisi, bumi Madinah pula melebarkan jemputan, lalu Allah s.w.t memerintahkan kekasih-Nya hijrah kerana disebalik mehnah, disana ada janji Allah iaitu kemenangan bagi hamba-hambanya yang taat. Tidaklah hina jika miskin dan terusir. Tidak pula mulia kerana kuasa, pangkat dan kekayaan. Jika ujian menjadi trademarknya, maka ketaatanlah spesifikasi yang Allah mahukan.


Dari dimensi hijrah baginda yang luas, membentangkan kepada kita seribu jalan untuk berubah secara bertingkat dan berperingkat mengikut tabiat dan sunnatullah kehidupan di dunia yang dipagari kepayahan dan keperitan. Namun alangkah malangnya, jalan hijrah yang belumpun kepayahan, jalan mudah untuk susah sudahpun ditempah. Kerana apa, bukan kerana jahil tetapi kerana tidak mahu. Kerana 'tidak mahu' tersebut adalah wajah kepada keangkuhan dan kesombongan. Berjalanlah dan lihatlah puing-puing keangkuhan Firaun. Yang angkuh dan sombong hanyalah semata-mata kebodohan disisi Allah s.w.t.


Bagaimana dengan ISA dan yang sewaktu dengannya?





Di sebalik buku



hasil nukilan Asri Moro


Sebelum ini, saya ada membuat sedikit catatan berkenaan buku Tausug karangan Sdr Asri Moro. Penghuraian yang lebih tentang sejarah Islam yang terkandung dalam buku ini menanti mood yang sesuai saja untuk menjadi paparan. Bukannya senang...

Tidak sangka saya dapat bertemu dengan penulis buku ini Sdr Asri Moro semasa persidangan BIMP-EAGA di UMS beberapa bulan yang lepas. Riak wajahnya yang tenang menghadiahkan saya sebuah senyuman yang manis dan mesra. Ketika itu, kerajaan Filiphina dan pejuang Islam di Selatan Filiphina melalui fasa terakhir gencatan senjata dan beliau antara orang yang terlibat dalam menjayakan pertemuan tersebut. Bersama dengan sahabat beliau, berpesan kepada saya

" Walaupun perjuangan kami disana antara hidup dan mati, tapi perjuangan kamu disini agak bahaya. Kerana perjuangan kamu disini ditaburi dengan kemewahan harta benda "

Saya kira itulah pertemuan yang pertama dan terakhir. Beberapa minggu selepas itu, berita melaporkan serangan tanpa belas kasihan oleh tentera Filiphina ke kubu pejuang Islam selatan Filiphina. Satu muhasabah terbaik untuk tahun 1429 hijrah yang baru melabuhkan tirainya.



Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430





Khamis, Disember 18, 2008

Anak Kampung

Keluar sebentar menjenguk-jenguk keadaan Bandaraya Kota Kinabalu di sebelah petang, saya melalui beberapa barisan perumahan yang agak menyempitkan nafas bila diperhatikan dari sudut lokasi dan rekaciptanya. Kelihatan dua, tiga kanak-kanak sedang bermain kejar-kejar di ruang yang sempit dan terhad pergerakan. Lari jauh sikit, silap haribulan di lenyek kenderaan yang lalu lalang yang cuma beberapa meter dari tempat mereka bermain.


Kasihan saya melihat kanak-kanak yang hidup dibandar( tidak semua agaknya). Dunia alam kanak-kanak mereka sempit dan kecil. Ketika umur saya sebaya kanak-kanak ini, dunia permainan saya seluas mata memandang. Berlarilah sesuka hati, ke timur ada bukit-bukau pokok kelapa sawit. Main perang-perang paling sesuai dan paling kami gemari di situ. Ke barat, ada sungai yang mengalir jernih, suasana yang menguja untuk melakukan pelbagai aksi terjunan sukan olimpik walaupun tanpa papan anjal. Utara selatan, usah dibilang. Melastik burung, tangkap ikan, bermain guli, polis centri dan banyak lagi permainan yang tidak mungkin dirasai oleh kanak-kanak di bandar. Kalau tiba musim cuti sekolah, hanya bila teringat rotan bapa melibas dipunggung baru teringat pulang ke rumah. Ah, seronoknya hidup sebagai anak kampung.




Salah satu contoh



Rumah untuk hidup




Cubalah bayangkan, dengan keadaan kawasan perumahan yang padat, ruang halaman keliling rumah tidak ada, laman depan cukup-cukup untuk kereta parking. Ada sesetengah perumahan tu, nampak dari jauh macam tembok penjara, cuma ada satu tingkap sahaja. Ini rumah untuk orang kah atau reban untuk orang. Tidak ada bezanya dengan reban ayam.


Saya tidaklah menyalahkan penghuni rumah tersebut jika terpaksa tinggal dalam keadaan sebegitu kerana faktor ekonomi dan sebagainya. Tapi, bila melihat kepada trend pembinaan rumah yang ada sekarang ini, nampaknya pemaju tidak ada pilihan lain selain membina untuk 'kurangkan kos'. Dan lihatlah hasilnya, reban untuk orang tinggal.


Sebelum saya sampai ke destinasi yang dituju, pembinaan rumah yang sedemikian rupa sebenarnya adalah kesan-kesan fizikal dari sebuah kefahaman yang agak tegar dengan anutan 'kebendaan' semata-mata. Jadinya, rumah yang menepati fitrah manusia bagaimana agaknya?...itu kenalah arkiteknya pun kembali kepada anutan yang fitrah, bukan anutan 'kebendaan'. Kalau tak jelas lagi, mari saya bawa anda melihat arkiteknya di www.youmusthink.blogspot.com ( Dah tak ada idea macamana nak kasi ending posting kali nie )





Sabtu, Disember 13, 2008

Musim Kahwin



Sejak dalam perjalanan pulang lagi, saya sudah berkira-kira beberapa majlis yang mesti dihadiri hendaknya. Antaranya, majlis teman-teman yang telah sampai serunya membina masjid idaman.

"Enta, bila lagi

Hah, soalan yang tak famous.

"Arrr, tengah cari calon la ni". saya mengumpan. Berkerut dahi si kawan


Seperti biasa, katalog calon pun dibentang. Alamak, ini sudah tersalah umpan.


Jom kita ke Sandakan.



"Aku terima nikahnya.. "


Sebelah kanan saya tu bila lagi



Tahniah Sahabatku


" Kak Suria bila lagi majlisnya?

Setahun lalu saya mengusik kak suria, dan hari ini dengan izin Allah hasil doa dan usaha sahabat-sahabat seperjuangan di kampus terutamanya AJK BM, Kak suria dalam beberapa minit lagi akan sah bergelar sebagai isteri kepada Sdr Redzuan.


Semoga bahagia ke anak cucu




Majlis akad nikah yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Tawau turut dihadiri oleh sahabat-sahabat seperjuangan semasa dikampus dulu. Terubat juga rindu menatap wajah-wajah yang dulu sama-sama 'berendam dalam lumpur' demi sebuah pencarian erti perjuangan.

Mungkin mudah bagi kami mengucapkan selamat melayari bahtera keluarga dakwah, namun yang terasa ribut dan gelombangnya ialah dua pasang hati yang sudah tersurat jodohnya.



Mudah-mudahan 'erti memberi' menjadi rahsia kebahagian rumahtangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.




Isnin, Disember 08, 2008




Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua


Semoga pengorbanan hari ini berpangkal keikhlasan kepada-Nya..




Ahad, November 30, 2008

Belajar Untuk Suka




Begini rupanya...


Kebiasaan kita, berucap di depan audiens yang ramai bilangannya. Kadang-kadang sampai mencecah beratus orang pendengar. Semuanya terpaku memasang telinga mendengar butir kata-kata yang dilafazkan oleh penceramah. Hal itu kita sedia maklum.


Bagaimana pula, kalau secara tiba-tiba audiens yang mendengar apa yang hendak kita sampaikan cuma seorang diri
terpaku didepan kita walaupun kadang-kadang nampak kabur dengan apa yang hendak kita sampaikan.


Tambah lagi, lokasinya di kampung-kampung yang masih belum sempurna fasilitinya. Apa perasaan anda ketika itu?..Jadualnya pula sudah di tetapkan..habislah


'cukuplah minggu ini aku bagi pengisian disini'..mungkin itu antara kata-kata yang terlintas di hati kita.


Masanya akan tiba, kuantiti dan kualiti sasaran dakwah kita tidak selamanya tersedia untuk kita canaikan sesuka hati kita. Ada kalanya, kita harus bersedia menerima seorang mad'u yang kena dicuit dari segenap arah. Mungkin ada yang mesti di selam ke lubuk hati. Adapun kebanyakkan hal seperti diatas seringkali tidak anda gemari keadaannya. Jadi...


Belajarlah suka apa yang kita tidak suka.




Usrah Kobuni


Selepas beberapa kali keluar masuk kampung, akhirnya sahabat yang setia menemani saya berjaya membentuk ahli usrahnya, iaitu dua orang anak-anak sekolah rendah. Hah, kalau di kampus dulu, tajuk usrahnya bukan main tinggi lagi, setinggi menara gading. Kali ini, tajuk usrahnya 'mari belajar Iqra'.


Saya pula, tazkirah selepas maghrib selalunya agak tidak mengecewakan kerana bukan sahaja ada seorang audiens yang setia mendengar tetapi oleh semua kipas-kipas dan dinding-dinding surau yang tetap tidak berganjak dari kedudukan mereka. Dengan selambanya membayangkan didepan saya ada 100 orang sedang terpukau mendengar apa yang sedang saya sampaikan. wow..


Saya pernah membaca buku tentang sejarah kehidupan Dr Burhanudin Al Helmy. Sudahlah sound system angkat sendiri, sampai ke tempat ceramah cuma ada pokok getah sahaja terpacak, seorang manusia pun tidak kelihatan. Tetapi beliau terus menyampaikan ceramah walaupun hanya didengar oleh pokok getah saja. Agaknya kalau kita, taubatlah tak nak datang lagi.



Pesan kekasih junjungan mulia kita



"Sampaikanlah dariku walaupun dengan satu ayat "




Selasa, November 18, 2008

Manusia dan Kemanusiaan



Manusia itu sendiri bermaksud 'lupa'.


Banyak hal yang kita boleh huraikan yang ada kaitannya dengan lupanya manusia kepada penciptanya. Betapa manusia selalu lupa tentang dirinya yang lemah lagi hina disisi tuhannya. Manusia dan lain-lain bentuk kehidupan hanya sebaris ciptaan dari ciptaanNYa yang tidak terhitung banyaknya. Lantas, apakah yang memaknakan manusia sehingga ia menjadikannya 'insan' ?


Tuhan dengan sifat ke-Tuhananya mengurniakan manusia 'kemanusiaan' agar darjatnya lebih tinggi dan berbeza dari nilai kebinatangan.


Ketika si fakir berputus harapan, kita tampil menghulurkan bantuan..


Ketika si musafir sesat di perjalanan, kita tampil memberikan panduan..


ketika kehidupan musnah menjadi puing-puing bebatuan, kita hadir menghulurkan sumbangan..



Sebagai bukti sifat ketuhan-Nya, 'kemanusiaan' menjadi penawar kepada racun yang berbisa, menjadikan siang kepada malam yang gelap gelita, menghadiahkan bahagia kepada derita yang berpanjangan, menghiburkan hati yang sekian lama dilanda duka dan memberikan petunjuk ketika meraba-raba mencari jalan pulang.



Pudarnya Kemanusiaan



Sdr Yusri kembali ceria walaupun patah kaki


Sepanjang perjalanan menuju Hospital Likas, masih terngiang-ngiang di telinga saya butir-butir bahasa yang memberi erti sebuah nilai yang kian luntur di hakis arus kemodenan yang menggila.

" Nah ambil RM 50 ni pigi Hospital "..Ali menceritakan semula gelagat seorang lelaki yang terlibat kemalangan dengan Sdr Yusri.


"kalau iapun, hantarlah budak tu pigi Hospital. Ini tidak, sudah dia tau patah kaki, ndak bole bejalan, di baginya saja RM50 dengan budak tu suruh pigi sendiri di Hospital. Gila betul"..Ali terus melepaskan ketidapuasannya kepada saya yang baru tiba di tempat kejadian.


Ali lah orang yang membentak marah kepada lelaki
cina tersebut agar sdr Yusri dihantar ke Hospital Likas Kota Kinabalu.



* * *


Wah, murahnya harga sepasang kaki jika hanya dengan RM 50, selesai semua masalah. Gilakah dunia ini jika memberi erti kepada 'kemanusiaan' hanya terletak diantara untung dan rugi sedangkan dengan hanya 5 minit sahaja rasa bertanggungjawab bisa membina ikatan berpanjangan, melerai separuh kesakitan yang menimpa.


Apakah harga untuk sebuah senyuman yang menguntum semula? Apakah harga untuk hati yang sembuh seketika?....Peliknya jika semua itu mahu diletakkan RM sekian-sekian


Agaknya, kita semua ikut sama menjadi gila seperti dunia yang gila ini.





" Kasihilah semua yang ada dibumi ini, nescaya yang dilangit juga akan mengasihimu".







Sabtu, November 01, 2008

Pemikiran HAMKA








Baru hari ini saya dapat menghabiskan buku 'Pemikiran HAMKA' suntingan Prof Sidek Baba. Lama juga saya terputus bacaan buku-buku karangan ulama Nusantara ini. Prof HAMKA antara barisan ulama yang saya minati kerana keunikannya sehingga ia diberi gelaran 'Singa Podium'.



kedinamikan Prof HAMKA semasa hayatnya telah menelurkan idea-idea Islah di Nusantara merentas pelbagai disiplin ilmu yang diterjemahkan dalam beberapa buku-bukunya seperti 'Merantau ke Deli', 'Tenggelamnya Kapal Van Derjick', 'Tasauf Moden' dan banyak lagi. Melalui tafsir Al Azharnya, beliau dalam banyak hal telah menjadikan alam melayu sebagai unsur yang menonjol dalam pentafsiran Al Quran. Disamping itu, tulisan yang diterjemhakannnya hasil daripada realiti hempas pulas sebenar perjuangan yang menjadikan tulisannya sentiasa lekat dan hidup seolah-seolah beliau sedang berbicara didepan anda.




Saya menghabiskan petang-petang sebegini, mengadu kasih pada bisikan-bisikan hikmat pena perjuangan HAMKA...




Ahad, Oktober 19, 2008

Seharmoni Al hujurat : 13






Surat DPPNS untuk Bernard Dompok



"...kemudian kami jadikan diantara kamu berbangsa-bangsa dan bersuku- suku agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang terbaik dikalangan kamu iaitu yang paling bertakwa..."


Selesai mengemukakan laporan polis berkenaan isu ucaputama Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok, saya dimaklumkan oleh Bro Razak Jamil, Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah bahawa AMK juga akan buat Press Statement berkenaan isu tersebut. Saya juga memaklumkan kepada sahabat-sahabat di Sandakan dan Tawau agar melakukan tindakan yang sama.



Luruskan Budi


Melihat kepada perkembangan mutaakhir di Sabah ini, jalur-jalur perbezaan yang terputus-putus cahayanya semakin jelas dan tebal garis-garis pertembungannya. Pilihan kita dalam pertembungan yang pelbagai ini sudah tentu kebijaksaan mencari dimana titik temu persamaan dan titik perbezaan pula dilihat sebagai faktor sementara. Menanggapi perubahan iklim politik di Sabah yang tidak menentu ini, menemukan kita semula kepada apa yang kita tercicir selama ini iaitu "akhlak". Kenapa akhlak? kerana ia menifestasi Ugama..


Abdullah Bin Ubai melalui lisan dan perbuatannya adalah menifestasi daripada tidak jujurnya dalam berugama. Namanya munafik. Tidak sesekali tidak, dia akan mengaku gelaran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t itu..sedang Saidina Umar gementar hatinya risau. Ada saja dirasa pada dirinya sifat munafik kerana jujurnya dalam berugama. Tapi, manifestasi ugama antara Umar dan Abdullah Ubai amat jauh bezanya. Antara Umar dan Abdullah Ubai bezanya pada mukmin dan munafik. Beza Mukmin dan Munafik nampak cepat dan mudah pada definisi, tetapi tindakan tidak secepat dan semudah memberi definisi . Akhlak sabar kita diuji untuk bertindak berperingkat-peringkat....


Menghadapi situasi seperti ini dalam dunia dakwah-siasah-tarbiah pernah menggoncangkan PAS dan malah sehingga ke hari ini, isu Pakatan Rakyat terus menerajui hempas pulas pihak-pihak yang terlibat menuju keruntuhan regim UMNO dan BN. Pakatan Rakyat yang menghimpunkan pelbagai ras ideologi dan fahaman, seringkali memaparkan kepada kita perlanggaran terhadap prinsip Islam yang dibawa oleh teman-teman dalam Pakatan Rakyat. PAS dilanda resah. Pertama, keresahan berhadapan situasi baru ini mesti ditangani dengan penerangan ke bawah kepada ahli. Kedua, bagaimana perundingan dan tawaran bisa menjadi wadah untuk idea-idea Islam terus mendominasi struktur PR selepas ini. Nampaknya perjalanan yang jauh ini, kesabaran pendokong-pendokong Islam teruji lagi...


Bagaimana pula resahnya PAS di Sabah meraikan teman-teman dalam PR ?



Tn Hj Ansari ( 4 dari kiri ) di 'Open House' Pemuda PAS Sabah



Saya katakan, ruang baru yang terbuka ini adalah medan ujian PAS Sabah meneroka dan meluaskan komunikasinya kepada teman-teman dalam PR. Siapa tahu, jarak kita dengan Tn Hj Ansari tidak jauh rupanya dan jauh kita dengan anak buah Dr Jefry ( non muslim ) sudah nampak walaupun agak kabur dari kejauhan. Jika secepat dan semudah memberi definisi kita bertindak, maka perkataan 'munafik' itu bakal menebalkan lagi jurang yang sedia ada sebelum ini. Jauh lagi teman-teman PR non muslim untuk melihat sinar Islam di sebalik politik lembut PAS. Betapa akhlak sabar pencinta-pencinta Islam di uji dan entah berapa tahun lagi jangka masanya.



Seharmoni surah Al hujurat ayat 13


"...minta maaf terus terang saya katakan, saya berhenti daripada yayasan sabah kerana faktor berat sebelah. Kenapa orang Bugis pula yang lebih diutamakan daripada peribumi Sabah? "..tegas seorang pakcik berseluar pendek baru selesai membasuh keretanya. Saya dan cikgu Anuar cuma mengiyakan.


Saya tidak melatah bila ada satu hal terus di kaitkan dengan sentimen suku. Saya begitu memahami keadaan mereka. Inilah situasi sebenar umat Islam yang terus menerus disuntik dengan fahaman Assabiyah atas nama membela bangsa sendiri. Islam telah meletakkan perjuangan bangsa di tempat yang penting. Tapi tidak setinggi memperjuang Islam yang syumul. Bacalah kitab Fiqh Sirah karangan syeikh Dr Ramadhan Al Bouti, anda akan faham.


Sekali lagi ayat ini memerintahkan saya untuk berakhlak sabar mengajak kepada keharmonian terciptanya suku dan bangsa

"...kemudian kami jadikan diantara kamu berbangsa-bangsa dan bersuku- suku agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang terbaik dikalangan kamu iaitu yang paling bertakwa..."









Ahad, Oktober 12, 2008

Menjelang PR Pensiangan






Calon Nabawan, Deni ( tengah )



" Kami sudah bosan duduk di bawah Dr Jefry ". Keras suara wakil dari Nabawan. Kami terus khusyuk mendengar.


" Kadazan-Dusun-Murut sebenarnya hanya memberi peluang kepada Dr Jefry terus berkuasa sedang kami tidak dapat membela suku kaum Murut. Sampai bila pun kami tidak akan dapat membela suku Murut selagi kami tidak mendapat kuasa. " Orang kuat Sdr Deni itu terus menarik perhatian kami yang datang berziarah.


Kedatangan kami semalam ke Nabawan menjelaskan lagi episod demi episod siri kempen di Nabawan menuju PR Pensiangan dalam bulan 11 atau bulan 12 nanti. Rombongan yang diketuai oleh Bro Hisamudin yang juga ketua pilihanraya Pakatan Rakyat disini cuba mendapatkan laporan dari semasa ke semasa perjalanan kempen di Nabawan ini. Pakatan Rakyat dalam babak awal ini sudahpun mendahului 80 peratus strategi berbanding parti lawan. Apa yang perlu sekarang ini iaitu bagaimana strategi penerangan dalam bentuk pemecahan minda masyarakat disini dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Dan yang paling penting, strategi pada saat-saat terakhir yang membuatkan undi berputar 360 darjah. UMNO sudah tentu dengan senjatanya "umpan duit".


"Kalau boleh, bawa itu Nik Aziz pigi sini ceramah. Itu orang memang boleh tahan kalau dia ceramah. Tapi itu sajalah, bagitau supaya dia jangan cakap kelantan. Susah kami mau faham ba. "..wakil masyarakt Murut itu membuat kami tergelak kecil. Usahkan beliau, kami yang ada koleksi ceramah Tuan Guru ini pun terkial-kial mencari bahasa bakunya dalam loghat Kelantan.


PR Pensiangan masih terlalu awal untuk membuat andaian kemenangan walaupun petisyen PR Pensiangan tempoh hari berjaya. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Seperti kata pepatah


" Bola itu bulat "....










Selasa, Oktober 07, 2008

Senja 5 Syawal




Senja 5 Syawal Pantai Kinarut




Rabu, Oktober 01, 2008

Jom Beraya !

Raya Pertama : Belajar jadi Yang Berhormat




Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar..............


Sayup terdengar dari kejauhan gema takbir. Saya pun tidak pasti dari arah mana, saling bersahut-sahutan. Matahari pun nampak bersinar terang, seceria panorama pagi 1 Syawal dihiasi gema suara membesarkan dan memuji-muji keagungan Allah S.w.t..Inilah hari kemenangan.


" Nak solat dimana saya pagi ni ? "..getus saya seorang diri


" ya, Masjid inanam laut "...segera saya memecut EX5 kepunyaan Sdr Bun. Tak jadi...saya berpatah balik menuju Masjid Bandaraya. Tak jadi juga...Masjid Bandaraya pun tidak dapat menampung bilangan jemaah yang datang. Masjid Inanam Laut tadi sampai ke tengah jalan orang membentang tikar sejadah.


Akhirnya masjid UMS juga menjadi pilihan saya...selepas khutbah saya terus beraya di rumah pertama iaitu bilik Sdr Hasnur dan seterusnya.....



Kuih Raya di bilik Hasnur



Ziarah keluarga Muallaf - Sdr Hasnur berlagak seperti Y.B ( Kopiah Putih )



Ziarah Keluarga Muallaf - " cium tangan Y.B sayang"...Muslimat pun nak belajar jadi Y.B



Beraya di rumah ADUN Serusup, Y.B Ustaz Fairuz Bend




End of part 1




Hari Raya Ke 2 : Pantun teka-teki


Meluncur laju merentas dataran rata Matunggong, kelisa perodua yang dipandu Sdr Khairul Yusri agak 'melayang' dek jalan raya yang lompang disana-sini. Kudat 150 Kilometer lagi ketika saya dihujani pantun teka-teki yang entah apa-apa entah. Saya sdr Hasnur, sdr Ky dan sdr Magbil kali ini berkelana ke sebelah pedalaman atas Sabah pula.

" teka-teki teka teko, banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diangkat "..Sdr KY berteka-teki.

" itu pantun raya tahun lepas, saya pun tahu jawapannya "..Sdr Hasnur mencela.

tanpa menjawab teka-teki tadi saya membuka teka-teki baru.

" teka-teki teka teko, banyak-banyak pucuk,pucuk apa yang tak boleh percaya "

Magbil menjawab..salah..Hasnur pun salah..KY akun

" Pucuk pimpinan UMNO lah "

" Ha,ha,ha "..berderai ketawa kami berempat. Kami terus berteka-teki sepanjang perjalanan menuju ke kudat.


Rumah YDP Penaja PAS Sepanggar


Rumah Mudir Pondok Fi Zilalil Quran


Rumah bekas aktivis IPU zaman Cikgu Anuar


Rumah Mudir PASTI Kudat




End Of Part 2






Raya ke 3 : Buras di Bachok




Akhirnya bertemu juga saya dengan buras. Nak tahu dimana? tentulah di Bachok. Bukan Bachok di Kelantan tapi rumah abang Bachok di Inanam. Hari raya ke 3 baru saya dapat merasa buras, barulah sempurna rasanya hari raya saya.
Tanpa berfikir panjang saya terus melakukan aksi membuka kulit buras yang sdr KY dan sdr Hasnur memang tidak akan dapat menandingi saya..ha..ha..riak,riak



wajah-wajah gembira selepas bertemu buras


Isteri abang Bachok iaitu Kak Rasina adalah cikgu saya masa di sekolah menengah dulu. Segan ada rasa malu pun ada bila bertemu dengan beliau. Banyaklah perangai buruk saya masa di bangku sekolah dulu yang dia tahu. Kalau muslimat tahu, habis saya kena 'reject'. Dan harini cikgu Rasina ditemukan dengan abang Bachok yang kedua-duanya terus bergerak bersama dakwah di muka bumi Sabah ini.

Oh..alangkah indahnya kalau sayapun dapat membina keluarga dakwah seperti abg bachok. Tapi apakandaya, siapalah saya ini. 'rette' pun takde. Asyik-asyik tengok muka KY. Asyik-asyik KY. Nasib baik dia nak tinggal di Sabah ni 10 tahun. Hidup KY !!!



End Of Part 3


Raya Ke 4 : Jalannya berliku


"Kalau boleh, ada masa lapang nanti jemputlah datang ke Surau ini bagi tazkirah. Paling sesuai hari enam"..Pengerusi Surau Al Aqsa, Kg Kobuni mempelawa saya mengisi kekosongan ilmu di Masjid tersebut.

"Saya akan cuba...InsyaAllah"..saya menerima pelawaan beliau. Harapan yang begitu tinggi jelas terpancar di wajahnya.

Tadi sewaktu menuju masuk ke Kg Kobuni, hujan sangat lebat dan kilat berdentum kiri dan kanan. Alam bagai berbicara bahawa dakwah ini tidak semudah laluan jalan bertar masuk ke dalam kampung. Tapi kaki harus terus melangkah demi dakwah. Namun disana juga ada maksudnya alam, cuma dakwah sahaja yang bisa mara. Selainnya...undur kebelakang



Rumah Johan - Sdr Johan ( 1 dari kiri )..kini " Tenang,aman & Makmur "


Rumah Cikgu C tea Azinni




End Of Part 4



Raya Ke 5 : Beraya-politik


"Dimana pejabat PKR di sini ya Pakcik?". saya memulakan langkah

"Disini, belum ada lagi. Pejabat UMNO adalah". jawaban ringkas Cikgu Saman

Kami terus berbual soal politik hampir sejam lamanya. Kami juga berasa bertuah kerana beliau merupakan orang yang berpengalaman di sekitar daerah Papar ini dan sanggup berkongsi pandangan.

Saya tahu, diwajah beliau ada kesedaran. Ada kekesalan pada setiap kata-kata yang mengungkap kalimat 'UMNO'. Atas semua sebab itulah beliau kini beralih kepada PKR kerana sedar bahawa UMNO tidak akan mampu membela nasib rakyat. Tipu, rasuah dan pecah amanah terus menjadi budaya dalam UMNO.




Saya & Sdr Firdaus terkesima dengan keindahan di sekitar rumah Ckg Saman



Mujahid-mujahid di rumah Kak Jannah


Rumah Tokey Muara Tom Yam - "Inilah impian ku"..KY


Rumah Al Fadhil Ustaz Hafizullah



Tamat





Isnin, September 29, 2008

Keluar 3 Hari...




"..bulan Ramadhan bulan ibadah, pahala digandakan doa diterima.."
. Merdu alunan suara kumpulan Hijjaz, menceriakan perjalanan kami meninggalkan Bandaraya Kota Kinabalu untuk seketika.


Saya, sdr fairuz, sdr Yusri, Cikgu Fakkar dan Cikgu Anuar akan berwisata selama 3 hari dalam misi memburu Lailatul Qadr yang agung itu. Disamping itu, kami akan
memberikan sedikit sumbangan daripada Yayasan AMAL untuk tempat-tempat yang akan kami kunjungi nanti. Antara destinasi yang akan kami tuju iaitu Masjid kg Wonod Telupid, Masjid Daerah Beluran dan PASTI Kinabatangan.



Mudah-mudahan ada rezki....





Masjid Kg Wonod, Telupid



Masjid Kg Wonod



Terhibur hati saya melihat anak-anak kecil Kg Wonod, berlari-lari riang mendapatkan sdr Fairuz....




Sdr Fairuz bersama kanak-kanak Kg Wonod



" pakcik,pakcik...dia belum dapat lagi ". kata seorang kanak-kanak kepada sdr Fairuz



" Mana dia, panggil pigisini "...Kata sdr Fairuz yang sedang dikerumuni anak-anak kecil Kg Wonod.



" Adik ni pandai membaca ka ndak ? "..Tanya sdr Fairuz. Saya hanya memerhati gelagat anak-anak kecil itu dari jauh. Malas nak campurtangan.



" Kalau ndak pandai membaca, nah ambil yang ini. Kalau pandai membaca ambil yang ini"..Sdr Fairuz memberikan sekeping majalah ana muslim. Bukan main gembira lagi adik tersebut, lantas kembali mendapatkan semula kawan-kawannya yang tengah khusyuk membelek-belek majalah ana muslim yang diberikan tadi.



Wajah anak-anak kecil ini, mewarisi ketabahan ibu bapa mereka mengharungi hidup dalam dunia yang dipinggir oleh kemajuan, namun tetap bersyukur dan redha walau dengan hanya rezeki padi huma dan dusun buah-buahan di lereng-lereng bukit. Sejuk hati menatap, timbul rasa kasihan untuk membelai.


...tiba-tiba saya disapa



"...Pakcik, saya pun mau buku jugak.."..seorang adik kecil bertudung comel persis watak utama majalah ana muslim.



" Oh, adik mau jugak. mari sini pakcik bagi buku "...adik tersebut tersenyum gembira. Tahi lalat di bawah bibirnya menambah manis lagi senyumannya. Adik ini masih bersekolah rendah, kalau 'budak ISEUMS', lama sudah saya jatuh hati.



Saya dikhabarkan oleh orang-orang lama disini, terdapat lebih kurang 10 keluarga muallaf yang tinggal agak jauh dari Masjid Kg Wonod. Jauhnya lebih kurang 3 ke 4 batu ke dalam kampung, yang kebanyakkannya terdiri daripada masyarakat Dusun. Tanpa sebarang enjin bermotor boleh masuk ke dalam, keluarga muallaf ini tetap teguh berpegang dengan Islam biarpun terpaksa mewarisi 'papa kedana', kerana itulah perjanjian sebelum memeluk Islam… " kamu tidak boleh mewarisi harta keluarga"…


Ustaz Tasim ( 3 dari kiri ) bergambar dihadapan sekolah agama Kg Wonod

Saya juga kagum dengan semangat Ustaz Tasim selaku tenaga pengajar yang dilantik oleh JAKIM disini. Beliau sanggup mendaki lereng-lereng bukit, melalui denai-denai hanya semata-mata untuk mendidik saudara baru kenal alif, ba, ta dan asas-asas solat. Bagi beliau, itulah usaha yang mampu dilakukannya kerana pendakyah kristian menggunakan wang untuk memujuk semula keluarga yang baru memeluk Islam ini. Saudara baru ini begitu bersungguh sungguh mempelajari Islam, malah mengharapkan agar kami sentiasa datang memberi kuliah di kampung mereka.




Situasi Berbeza


Berbeza pula di alam kampus yang kononnya tempat berhimpun para intelek, walaupun pelbagai program ilmu disajikan tapi hambar dari segi kehadiran. Yang dikejar, yang ditampung habis-habisan hanyalah program-program fasiq bersulam munafiq, berkosmetik dengan apa yang dinamakan sebagai 'semangat patriotik, kebudayaan' dan yang sewaktu dengannya. Yang dicanang, yang di usahakan habis-habisan hanyalah kekeliruan yang faedahnya habis hilang bagai debu-debu berterbangan. Bukannya tidak ada alternatif disediakan, tapi hakikat akal yang tidak mahu tunduk kepada kebenaran walaupun jelasnya seperti matahari terik diatas kepala. Buku-buku yang diusung setiap hari keluar masuk kuliah, hanya menambah maklumat dalam kepala, bukannya ilmu dalam dada. Sebab itu, petunjuk dan kesesatan tidak mampu dibezakan lagi. Nafsu dan akal saling bantu membantu ke jalan kesesatan dan kekeliruan. Sesat lagi menyesatkan. Sanggupkah menukar hidayah dengan kesesatan ? bagaimana mungkin terjadi ?..Nauzubillahi minzalik...



Belilah hidayah Allah biar semahal mana sekalipun. Juallah kesesatan dengan harga yang paling mahal, biar tiada seorang pun didunia ini mampu membelinya.



Ke Beluran


Rombongan kami bertolak meninggalkan kg Wonod dengan harapan, kami akan membantu sedaya yang mungkin. Saudara seIslamku, genggamlah Islam walau seperti menggenggam bara api.


Kami meneruskan pemburuan kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Beluran..





Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger