Kota Kinabalu, 16 Januari 2009 - Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Angkatan Muda Keadilan dan PAS Kawasan Kota Belud telah membuat satu laporan polis berkenaan kenyataan Pengerusi MUIS Syed Abbas Syed Ali dalam akhbar Daily Express bertarikh 15 Januari 2009.
Merujuk kepada kenyataan Syed Abbas yang juga ADUN Balung tersebut, beliau telah mempertikaikan keputusan Mahkamah Syariah Negeri Pahang yang telah menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 6 kali sebatan kepada 2 orang pemuda kerana didapati bersalah meminum arak.
Malah beliau juga menganggap hukuman 6 kali sebatan tersebut tidak sesuai dikenakan keatas pesalah yang disabitkan itu.
YDP PAS Kawasan Kota Belud, Ustaz Mustaqim ketika ditanya berkenaan isu kenyataan Syed Abbas itu, beliau berkata “Kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan kerana beliau seorang yang mempunyai reputasi yang baik sebagai Pengerusi MUIS.”
Tambah Ustaz Mustaqim “Seharusnya Syed Abbas menyokong keputusan Mahkamah Syariah Negeri Pahang dan menjadikan penghantaran ke pusat pemulihan sebagai lanjutan kepada hukuman tersebut.”
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah Sdr Razak Jamil berkata “Kenyataan Syed Abbas itu sepatutnya ditarik balik kerana ia memberi gambaran yang tidak baik terhadap institusi Islam di Negara ini .“
Mahkamah Syariah merupakan badan yang ditubuhkan untuk melaksanakan hukum-hukum yang bertepatan dengan syariat Islam dan jika ada permasalahan yang timbul perlulah dirujuk mengikut lunas undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan, ulas beliau lagi.
Pakatan Rakyat membuat laporan di Balai Polis Kota Belud pada jam lebih kurang 2.00 petang dan bersurai pada jam 4.30 petang selepas menyerahkan butir-butir keterangan yang dikehendaki oleh pegawai polis yang bertugas.
Sumber : Sabahdaily.com
Saya agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi MUIS itu. Tidak tahu pula dengan beliau dengan laporan oleh PR, terkejut atau tergeli.
Selepas itu, kami bertolak ke Kg Keranjangan untuk melihat sedikit masalah yang dihadapi oleh penduduk disana. Anggapan biasa-biasa saja dengan hal seperti ini bertukar menjadi satu kejutan pula oleh tindakan 'ad-hock' penduduk kg Keranjangan.
Dari tindakan mengusir duta Israel oleh Negara Venezuela, ke perarakan aman di Finland, ke Negara China sampailah ke Kg Keranjangan Kota Belud menggambarkan sentimen kemanusiaan yang dikotori di Palestin itu menusuk ke hati-hati yang berdenyut dengan naluri kasih sayang sesama insan. "Kalau yang duk Universiti pun tak sedar, malu dekat orang kampung"
Kg anda macamana ?
Sabtu, Januari 17, 2009
Terkejut atau tergeli
Walau apapun, tahniah rakyat Kuala Terengganu.
Isnin, Januari 12, 2009
Boikot Sampai Lumpuh !!!
Ahad, Januari 04, 2009
Muqaddimah 1430 Hijrah
Lembaran baru 1430 Hijrah, saya dan sahabat-sahabat dari Unit AMAL dan Persatuan Siswazah Sabah mengisi muqaddimah lembaran hijrah dengan menziarahi saudara se Islam di Kiulu. Sehari sebelum itu, kami sempat mengisi lembaran tahun baru Masihi dengan turun bertemu masyarakat umum yang sedang asyik dibuai pesta tahun baru 2009. Menanti detik-detik tahun baru, orang ramai sudahpun berkumpul untuk 'countdown' di dataran Padang Merdeka bersama artis kesayangan mereka. Saya bersama-sama sahabat-sahabat PSS mencelah-celah 'sapa,senyum dan salam' menghulurkan hadiah tahun baru dari Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kepada pengunjung yang datang.
Bersama rombongan gabungan NGO Islam CONCERN, saya bersama ustaz kesayangan saya ustaz Akmal berkunjung ke Kiulu, sebuah perkampungan yang cantik pemandangannya. " I Love You" antara perkataan yang menceriakan Muktamar PAS Pusat di Perak baru-baru ini. Desakkan dari senator Mumtaz agar teori " I Love You " benar-benar dibuktikan bukan sekadar di mulut sahaja. Bertambah ceria lagi, apabila Tn Guru Presiden sendiri memberikan respon. Oleh kerana prihatinnya Ustaz Akmal kepada saudara-saudara baru, saya dengan terkagum lalu melafazkan..." I Love You Ustaz Akmal "..
Ketika kami bersembang diberanda rumah bersama emaknya, juhairi menyembunyikan dirinya dalam bilik. Setelah emaknya memanggil namanya beberapa kali kerana kami hendak bertemu denganny, baru beliau berani keluar dipintu dengan senyuman. " Malu dia, rumahnya buruk, ndak cantik macam rumah orang lain" emaknya menambah. Senyuman yang murah penuh keikhlasan di wajah kedua-dua anak dan ibu ini, sudah cukup membuatkan hati berbuak simpati. Simpati kerana bendera 'biru' yang terlekat di dinding depan rumahnya terus mungkir janji kepada keluarga ini. " Tukar bendera biru ni. Nanti kami bagi bendera baru warna hijau bulat di tengah"..Gurau Ustaz akmal..Mak Juhairi sekali lagi tersenyum..Kasihan umat.
Inilah yang dirisaukan oleh baginda ke atas umatnya jika Islam bukan pilihan, sehingga di akhir hayat baginda terus menyebut.." Ummati-ummati "
Rabu, Disember 31, 2008
Bantah Zionis
Bantah Zionis di Kota Kinabalu Sehubungan dengan itu, demi menyahut seruan warga dunia mengutuk kekejaman Zionis, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang diketuai oleh Naib Ketua Pemudanya Sdr Lahirul Latigu telah mengadakan demonstrasi aman yang diadakan di Perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu zohor.
Selaku mewakili suara umat Islam di Sabah, Sdr Lahirul menggesa umat Islam agar mengambil berat isu yang berlaku di Palestin kerana ia merupakan isu umat Islam seluruhnya. Tambah beliau lagi " kekejaman demi kekejaman yang dilakukan oleh rejim zionis sudah tidak boleh lagi diterima oleh sesiapapun yang berlainan bangsa dan ideologi. Sebab itu, isu Palestin ini mesti disebarkan kepada semua lapisan masyarakat "
Ketika perhimpunan terebut, seramai lebih kurang 15 orang wakil daripada dewan pemuda PAS dan NGO Islam memegang sepanduk dan banner mengutuk kekejaman yang dilakukan rejim Zionis yang telah mengorbankan lebih kurang 380 orang dan seramai 1750 lagi cedera parah.
Sdr Lahirul juga berkata, " Umat Islam tidak akan berdiam diri dengan apa yang tela dilakukan oleh rejim Zionis. Barisan pemuda Islam rela berkorban apa saja demi untuk menuntut agar tindakan ganas rejim zionis tersebut dihentikan serta merta".
Perhimpunan aman tersebut bersurai selepas hasrat dan tuntutan daripada umat Islam disampaikan. Tambah Sdr Lahirul lagi, satu perhimpunan aman akan diadakan sekali lagi secara besar-besaran yang akan diadakan di kota Kinabalu dan akan dimaklumkan kemudian. Petikan dari sabah-kita.net
Ada lagi sesetengah kes, berhimpun untuk menyuarakan pendapat dan pandangan terus saja diserkup sebagai pembangkang. Bila anda sudah termasuk ke dalam serkup membabibuta tersebut, anda kena jadi 'biru' baru boleh keluar. Alangkah malangnya muda-mudi hari ini yang rosak haru 'biru' kerana pemikirannya dipenjara dan disekat juga oleh si 'biru' yang haru.
Jadi, jangan segan-segan turun berdemo
Ahad, Disember 28, 2008
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah
Biasa-biasa saja, suasana di akhir-akhir detik 1429 Hijrah tidak menzahirkan sesuatu yang berbeza berbanding hari demi hari, bulan demi bulan yang berlalu. Suasana sambutan tatkala Nabi s.a.w tiba diperbatasan kota madinah disambut bait-bait indah penuh kesyukuran dan riang tidak terkata, berganti dengan tembakkan bunga api di dada langit, hon kereta yang bersahutan dan pasangan anak muda yang dirasuk nafsu. Itupun kerana tahun baru masihi, kalau kerana Maal Hijrah tidak tahulah saya. Nyatalah pada kita, beza antara keduanya oleh hujung pangkalnya iaitu kembali kepada nikmat Iman.
Sejenak merenung kembali sebuah makna 'hijrah' yang hilang, ketika Taif cuma menghadiahkan lontaran batu-batu yang menyakiti Baginda, Kota Makkah terasa sempit oleh cacian dan seksaan quraisy, Khadijah dan Bapa saudara yang dikasihi tiada lagi disisi, bumi Madinah pula melebarkan jemputan, lalu Allah s.w.t memerintahkan kekasih-Nya hijrah kerana disebalik mehnah, disana ada janji Allah iaitu kemenangan bagi hamba-hambanya yang taat. Tidaklah hina jika miskin dan terusir. Tidak pula mulia kerana kuasa, pangkat dan kekayaan. Jika ujian menjadi trademarknya, maka ketaatanlah spesifikasi yang Allah mahukan.
Dari dimensi hijrah baginda yang luas, membentangkan kepada kita seribu jalan untuk berubah secara bertingkat dan berperingkat mengikut tabiat dan sunnatullah kehidupan di dunia yang dipagari kepayahan dan keperitan. Namun alangkah malangnya, jalan hijrah yang belumpun kepayahan, jalan mudah untuk susah sudahpun ditempah. Kerana apa, bukan kerana jahil tetapi kerana tidak mahu. Kerana 'tidak mahu' tersebut adalah wajah kepada keangkuhan dan kesombongan. Berjalanlah dan lihatlah puing-puing keangkuhan Firaun. Yang angkuh dan sombong hanyalah semata-mata kebodohan disisi Allah s.w.t.
Bagaimana dengan ISA dan yang sewaktu dengannya?
Di sebalik buku
hasil nukilan Asri MoroTidak sangka saya dapat bertemu dengan penulis buku ini Sdr Asri Moro semasa persidangan BIMP-EAGA di UMS beberapa bulan yang lepas. Riak wajahnya yang tenang menghadiahkan saya sebuah senyuman yang manis dan mesra. Ketika itu, kerajaan Filiphina dan pejuang Islam di Selatan Filiphina melalui fasa terakhir gencatan senjata dan beliau antara orang yang terlibat dalam menjayakan pertemuan tersebut. Bersama dengan sahabat beliau, berpesan kepada saya
" Walaupun perjuangan kami disana antara hidup dan mati, tapi perjuangan kamu disini agak bahaya. Kerana perjuangan kamu disini ditaburi dengan kemewahan harta benda "
Saya kira itulah pertemuan yang pertama dan terakhir. Beberapa minggu selepas itu, berita melaporkan serangan tanpa belas kasihan oleh tentera Filiphina ke kubu pejuang Islam selatan Filiphina. Satu muhasabah terbaik untuk tahun 1429 hijrah yang baru melabuhkan tirainya.
Khamis, Disember 18, 2008
Anak Kampung
Keluar sebentar menjenguk-jenguk keadaan Bandaraya Kota Kinabalu di sebelah petang, saya melalui beberapa barisan perumahan yang agak menyempitkan nafas bila diperhatikan dari sudut lokasi dan rekaciptanya. Kelihatan dua, tiga kanak-kanak sedang bermain kejar-kejar di ruang yang sempit dan terhad pergerakan. Lari jauh sikit, silap haribulan di lenyek kenderaan yang lalu lalang yang cuma beberapa meter dari tempat mereka bermain.
Kasihan saya melihat kanak-kanak yang hidup dibandar( tidak semua agaknya). Dunia alam kanak-kanak mereka sempit dan kecil. Ketika umur saya sebaya kanak-kanak ini, dunia permainan saya seluas mata memandang. Berlarilah sesuka hati, ke timur ada bukit-bukau pokok kelapa sawit. Main perang-perang paling sesuai dan paling kami gemari di situ. Ke barat, ada sungai yang mengalir jernih, suasana yang menguja untuk melakukan pelbagai aksi terjunan sukan olimpik walaupun tanpa papan anjal. Utara selatan, usah dibilang. Melastik burung, tangkap ikan, bermain guli, polis centri dan banyak lagi permainan yang tidak mungkin dirasai oleh kanak-kanak di bandar. Kalau tiba musim cuti sekolah, hanya bila teringat rotan bapa melibas dipunggung baru teringat pulang ke rumah. Ah, seronoknya hidup sebagai anak kampung.
Salah satu contohRumah untuk hidup
Cubalah bayangkan, dengan keadaan kawasan perumahan yang padat, ruang halaman keliling rumah tidak ada, laman depan cukup-cukup untuk kereta parking. Ada sesetengah perumahan tu, nampak dari jauh macam tembok penjara, cuma ada satu tingkap sahaja. Ini rumah untuk orang kah atau reban untuk orang. Tidak ada bezanya dengan reban ayam.
Saya tidaklah menyalahkan penghuni rumah tersebut jika terpaksa tinggal dalam keadaan sebegitu kerana faktor ekonomi dan sebagainya. Tapi, bila melihat kepada trend pembinaan rumah yang ada sekarang ini, nampaknya pemaju tidak ada pilihan lain selain membina untuk 'kurangkan kos'. Dan lihatlah hasilnya, reban untuk orang tinggal.
Sebelum saya sampai ke destinasi yang dituju, pembinaan rumah yang sedemikian rupa sebenarnya adalah kesan-kesan fizikal dari sebuah kefahaman yang agak tegar dengan anutan 'kebendaan' semata-mata. Jadinya, rumah yang menepati fitrah manusia bagaimana agaknya?...itu kenalah arkiteknya pun kembali kepada anutan yang fitrah, bukan anutan 'kebendaan'. Kalau tak jelas lagi, mari saya bawa anda melihat arkiteknya di www.youmusthink.blogspot.com ( Dah tak ada idea macamana nak kasi ending posting kali nie )
Sabtu, Disember 13, 2008
Musim Kahwin
Jom kita ke Sandakan.
"Aku terima nikahnya.. "
Sebelah kanan saya tu bila lagi
Tahniah Sahabatku
" Kak Suria bila lagi majlisnya?
Setahun lalu saya mengusik kak suria, dan hari ini dengan izin Allah hasil doa dan usaha sahabat-sahabat seperjuangan di kampus terutamanya AJK BM, Kak suria dalam beberapa minit lagi akan sah bergelar sebagai isteri kepada Sdr Redzuan.
Majlis akad nikah yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Tawau turut dihadiri oleh sahabat-sahabat seperjuangan semasa dikampus dulu. Terubat juga rindu menatap wajah-wajah yang dulu sama-sama 'berendam dalam lumpur' demi sebuah pencarian erti perjuangan.
Mungkin mudah bagi kami mengucapkan selamat melayari bahtera keluarga dakwah, namun yang terasa ribut dan gelombangnya ialah dua pasang hati yang sudah tersurat jodohnya.
Mudah-mudahan 'erti memberi' menjadi rahsia kebahagian rumahtangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Isnin, Disember 08, 2008
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua
Ahad, November 30, 2008
Belajar Untuk Suka
Begini rupanya...
Kebiasaan kita, berucap di depan audiens yang ramai bilangannya. Kadang-kadang sampai mencecah beratus orang pendengar. Semuanya terpaku memasang telinga mendengar butir kata-kata yang dilafazkan oleh penceramah. Hal itu kita sedia maklum.
Bagaimana pula, kalau secara tiba-tiba audiens yang mendengar apa yang hendak kita sampaikan cuma seorang diri terpaku didepan kita walaupun kadang-kadang nampak kabur dengan apa yang hendak kita sampaikan.
Tambah lagi, lokasinya di kampung-kampung yang masih belum sempurna fasilitinya. Apa perasaan anda ketika itu?..Jadualnya pula sudah di tetapkan..habislah
'cukuplah minggu ini aku bagi pengisian disini'..mungkin itu antara kata-kata yang terlintas di hati kita.
Masanya akan tiba, kuantiti dan kualiti sasaran dakwah kita tidak selamanya tersedia untuk kita canaikan sesuka hati kita. Ada kalanya, kita harus bersedia menerima seorang mad'u yang kena dicuit dari segenap arah. Mungkin ada yang mesti di selam ke lubuk hati. Adapun kebanyakkan hal seperti diatas seringkali tidak anda gemari keadaannya. Jadi...
Belajarlah suka apa yang kita tidak suka.
Usrah KobuniSaya pula, tazkirah selepas maghrib selalunya agak tidak mengecewakan kerana bukan sahaja ada seorang audiens yang setia mendengar tetapi oleh semua kipas-kipas dan dinding-dinding surau yang tetap tidak berganjak dari kedudukan mereka. Dengan selambanya membayangkan didepan saya ada 100 orang sedang terpukau mendengar apa yang sedang saya sampaikan. wow..
Saya pernah membaca buku tentang sejarah kehidupan Dr Burhanudin Al Helmy. Sudahlah sound system angkat sendiri, sampai ke tempat ceramah cuma ada pokok getah sahaja terpacak, seorang manusia pun tidak kelihatan. Tetapi beliau terus menyampaikan ceramah walaupun hanya didengar oleh pokok getah saja. Agaknya kalau kita, taubatlah tak nak datang lagi.
Pesan kekasih junjungan mulia kita
Selasa, November 18, 2008
Manusia dan Kemanusiaan
Manusia itu sendiri bermaksud 'lupa'.
Banyak hal yang kita boleh huraikan yang ada kaitannya dengan lupanya manusia kepada penciptanya. Betapa manusia selalu lupa tentang dirinya yang lemah lagi hina disisi tuhannya. Manusia dan lain-lain bentuk kehidupan hanya sebaris ciptaan dari ciptaanNYa yang tidak terhitung banyaknya. Lantas, apakah yang memaknakan manusia sehingga ia menjadikannya 'insan' ?
Tuhan dengan sifat ke-Tuhananya mengurniakan manusia 'kemanusiaan' agar darjatnya lebih tinggi dan berbeza dari nilai kebinatangan.
Ketika si fakir berputus harapan, kita tampil menghulurkan bantuan..
Ketika si musafir sesat di perjalanan, kita tampil memberikan panduan..
ketika kehidupan musnah menjadi puing-puing bebatuan, kita hadir menghulurkan sumbangan..
Sebagai bukti sifat ketuhan-Nya, 'kemanusiaan' menjadi penawar kepada racun yang berbisa, menjadikan siang kepada malam yang gelap gelita, menghadiahkan bahagia kepada derita yang berpanjangan, menghiburkan hati yang sekian lama dilanda duka dan memberikan petunjuk ketika meraba-raba mencari jalan pulang.
Pudarnya Kemanusiaan
Sdr Yusri kembali ceria walaupun patah kaki" Nah ambil RM 50 ni pigi Hospital "..Ali menceritakan semula gelagat seorang lelaki yang terlibat kemalangan dengan Sdr Yusri.
"kalau iapun, hantarlah budak tu pigi Hospital. Ini tidak, sudah dia tau patah kaki, ndak bole bejalan, di baginya saja RM50 dengan budak tu suruh pigi sendiri di Hospital. Gila betul"..Ali terus melepaskan ketidapuasannya kepada saya yang baru tiba di tempat kejadian.
Ali lah orang yang membentak marah kepada lelaki cina tersebut agar sdr Yusri dihantar ke Hospital Likas Kota Kinabalu.
Wah, murahnya harga sepasang kaki jika hanya dengan RM 50, selesai semua masalah. Gilakah dunia ini jika memberi erti kepada 'kemanusiaan' hanya terletak diantara untung dan rugi sedangkan dengan hanya 5 minit sahaja rasa bertanggungjawab bisa membina ikatan berpanjangan, melerai separuh kesakitan yang menimpa.
Apakah harga untuk sebuah senyuman yang menguntum semula? Apakah harga untuk hati yang sembuh seketika?....Peliknya jika semua itu mahu diletakkan RM sekian-sekian
Agaknya, kita semua ikut sama menjadi gila seperti dunia yang gila ini.
Sabtu, November 01, 2008
Pemikiran HAMKA

Baru hari ini saya dapat menghabiskan buku 'Pemikiran HAMKA' suntingan Prof Sidek Baba. Lama juga saya terputus bacaan buku-buku karangan ulama Nusantara ini. Prof HAMKA antara barisan ulama yang saya minati kerana keunikannya sehingga ia diberi gelaran 'Singa Podium'.
kedinamikan Prof HAMKA semasa hayatnya telah menelurkan idea-idea Islah di Nusantara merentas pelbagai disiplin ilmu yang diterjemahkan dalam beberapa buku-bukunya seperti 'Merantau ke Deli', 'Tenggelamnya Kapal Van Derjick', 'Tasauf Moden' dan banyak lagi. Melalui tafsir Al Azharnya, beliau dalam banyak hal telah menjadikan alam melayu sebagai unsur yang menonjol dalam pentafsiran Al Quran. Disamping itu, tulisan yang diterjemhakannnya hasil daripada realiti hempas pulas sebenar perjuangan yang menjadikan tulisannya sentiasa lekat dan hidup seolah-seolah beliau sedang berbicara didepan anda.
Saya menghabiskan petang-petang sebegini, mengadu kasih pada bisikan-bisikan hikmat pena perjuangan HAMKA...
Ahad, Oktober 19, 2008
Seharmoni Al hujurat : 13
Selesai mengemukakan laporan polis berkenaan isu ucaputama Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok, saya dimaklumkan oleh Bro Razak Jamil, Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah bahawa AMK juga akan buat Press Statement berkenaan isu tersebut. Saya juga memaklumkan kepada sahabat-sahabat di Sandakan dan Tawau agar melakukan tindakan yang sama.
Luruskan Budi
Melihat kepada perkembangan mutaakhir di Sabah ini, jalur-jalur perbezaan yang terputus-putus cahayanya semakin jelas dan tebal garis-garis pertembungannya. Pilihan kita dalam pertembungan yang pelbagai ini sudah tentu kebijaksaan mencari dimana titik temu persamaan dan titik perbezaan pula dilihat sebagai faktor sementara. Menanggapi perubahan iklim politik di Sabah yang tidak menentu ini, menemukan kita semula kepada apa yang kita tercicir selama ini iaitu "akhlak". Kenapa akhlak? kerana ia menifestasi Ugama..
Abdullah Bin Ubai melalui lisan dan perbuatannya adalah menifestasi daripada tidak jujurnya dalam berugama. Namanya munafik. Tidak sesekali tidak, dia akan mengaku gelaran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t itu..sedang Saidina Umar gementar hatinya risau. Ada saja dirasa pada dirinya sifat munafik kerana jujurnya dalam berugama. Tapi, manifestasi ugama antara Umar dan Abdullah Ubai amat jauh bezanya. Antara Umar dan Abdullah Ubai bezanya pada mukmin dan munafik. Beza Mukmin dan Munafik nampak cepat dan mudah pada definisi, tetapi tindakan tidak secepat dan semudah memberi definisi . Akhlak sabar kita diuji untuk bertindak berperingkat-peringkat....
Menghadapi situasi seperti ini dalam dunia dakwah-siasah-tarbiah pernah menggoncangkan PAS dan malah sehingga ke hari ini, isu Pakatan Rakyat terus menerajui hempas pulas pihak-pihak yang terlibat menuju keruntuhan regim UMNO dan BN. Pakatan Rakyat yang menghimpunkan pelbagai ras ideologi dan fahaman, seringkali memaparkan kepada kita perlanggaran terhadap prinsip Islam yang dibawa oleh teman-teman dalam Pakatan Rakyat. PAS dilanda resah. Pertama, keresahan berhadapan situasi baru ini mesti ditangani dengan penerangan ke bawah kepada ahli. Kedua, bagaimana perundingan dan tawaran bisa menjadi wadah untuk idea-idea Islam terus mendominasi struktur PR selepas ini. Nampaknya perjalanan yang jauh ini, kesabaran pendokong-pendokong Islam teruji lagi...
Bagaimana pula resahnya PAS di Sabah meraikan teman-teman dalam PR ?
Saya katakan, ruang baru yang terbuka ini adalah medan ujian PAS Sabah meneroka dan meluaskan komunikasinya kepada teman-teman dalam PR. Siapa tahu, jarak kita dengan Tn Hj Ansari tidak jauh rupanya dan jauh kita dengan anak buah Dr Jefry ( non muslim ) sudah nampak walaupun agak kabur dari kejauhan. Jika secepat dan semudah memberi definisi kita bertindak, maka perkataan 'munafik' itu bakal menebalkan lagi jurang yang sedia ada sebelum ini. Jauh lagi teman-teman PR non muslim untuk melihat sinar Islam di sebalik politik lembut PAS. Betapa akhlak sabar pencinta-pencinta Islam di uji dan entah berapa tahun lagi jangka masanya.
Seharmoni surah Al hujurat ayat 13
"...minta maaf terus terang saya katakan, saya berhenti daripada yayasan sabah kerana faktor berat sebelah. Kenapa orang Bugis pula yang lebih diutamakan daripada peribumi Sabah? "..tegas seorang pakcik berseluar pendek baru selesai membasuh keretanya. Saya dan cikgu Anuar cuma mengiyakan.
Saya tidak melatah bila ada satu hal terus di kaitkan dengan sentimen suku. Saya begitu memahami keadaan mereka. Inilah situasi sebenar umat Islam yang terus menerus disuntik dengan fahaman Assabiyah atas nama membela bangsa sendiri. Islam telah meletakkan perjuangan bangsa di tempat yang penting. Tapi tidak setinggi memperjuang Islam yang syumul. Bacalah kitab Fiqh Sirah karangan syeikh Dr Ramadhan Al Bouti, anda akan faham.
Sekali lagi ayat ini memerintahkan saya untuk berakhlak sabar mengajak kepada keharmonian terciptanya suku dan bangsa
"...kemudian kami jadikan diantara kamu berbangsa-bangsa dan bersuku- suku agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang terbaik dikalangan kamu iaitu yang paling bertakwa..."
Ahad, Oktober 12, 2008
Menjelang PR Pensiangan
Calon Nabawan, Deni ( tengah )" Kami sudah bosan duduk di bawah Dr Jefry ". Keras suara wakil dari Nabawan. Kami terus khusyuk mendengar.
" Kadazan-Dusun-Murut sebenarnya hanya memberi peluang kepada Dr Jefry terus berkuasa sedang kami tidak dapat membela suku kaum Murut. Sampai bila pun kami tidak akan dapat membela suku Murut selagi kami tidak mendapat kuasa. " Orang kuat Sdr Deni itu terus menarik perhatian kami yang datang berziarah.
Kedatangan kami semalam ke Nabawan menjelaskan lagi episod demi episod siri kempen di Nabawan menuju PR Pensiangan dalam bulan 11 atau bulan 12 nanti. Rombongan yang diketuai oleh Bro Hisamudin yang juga ketua pilihanraya Pakatan Rakyat disini cuba mendapatkan laporan dari semasa ke semasa perjalanan kempen di Nabawan ini. Pakatan Rakyat dalam babak awal ini sudahpun mendahului 80 peratus strategi berbanding parti lawan. Apa yang perlu sekarang ini iaitu bagaimana strategi penerangan dalam bentuk pemecahan minda masyarakat disini dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Dan yang paling penting, strategi pada saat-saat terakhir yang membuatkan undi berputar 360 darjah. UMNO sudah tentu dengan senjatanya "umpan duit".
"Kalau boleh, bawa itu Nik Aziz pigi sini ceramah. Itu orang memang boleh tahan kalau dia ceramah. Tapi itu sajalah, bagitau supaya dia jangan cakap kelantan. Susah kami mau faham ba. "..wakil masyarakt Murut itu membuat kami tergelak kecil. Usahkan beliau, kami yang ada koleksi ceramah Tuan Guru ini pun terkial-kial mencari bahasa bakunya dalam loghat Kelantan.
PR Pensiangan masih terlalu awal untuk membuat andaian kemenangan walaupun petisyen PR Pensiangan tempoh hari berjaya. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Seperti kata pepatah
" Bola itu bulat "....
Selasa, Oktober 07, 2008
Rabu, Oktober 01, 2008
Jom Beraya !
Raya Pertama : Belajar jadi Yang Berhormat
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar..............
Sayup terdengar dari kejauhan gema takbir. Saya pun tidak pasti dari arah mana, saling bersahut-sahutan. Matahari pun nampak bersinar terang, seceria panorama pagi 1 Syawal dihiasi gema suara membesarkan dan memuji-muji keagungan Allah S.w.t..Inilah hari kemenangan.
" Nak solat dimana saya pagi ni ? "..getus saya seorang diri
" ya, Masjid inanam laut "...segera saya memecut EX5 kepunyaan Sdr Bun. Tak jadi...saya berpatah balik menuju Masjid Bandaraya. Tak jadi juga...Masjid Bandaraya pun tidak dapat menampung bilangan jemaah yang datang. Masjid Inanam Laut tadi sampai ke tengah jalan orang membentang tikar sejadah.
Akhirnya masjid UMS juga menjadi pilihan saya...selepas khutbah saya terus beraya di rumah pertama iaitu bilik Sdr Hasnur dan seterusnya.....
End of part 1
Meluncur laju merentas dataran rata Matunggong, kelisa perodua yang dipandu Sdr Khairul Yusri agak 'melayang' dek jalan raya yang lompang disana-sini. Kudat 150 Kilometer lagi ketika saya dihujani pantun teka-teki yang entah apa-apa entah. Saya sdr Hasnur, sdr Ky dan sdr Magbil kali ini berkelana ke sebelah pedalaman atas Sabah pula.
" teka-teki teka teko, banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diangkat "..Sdr KY berteka-teki.
" itu pantun raya tahun lepas, saya pun tahu jawapannya "..Sdr Hasnur mencela.
tanpa menjawab teka-teki tadi saya membuka teka-teki baru.
" teka-teki teka teko, banyak-banyak pucuk,pucuk apa yang tak boleh percaya "
Magbil menjawab..salah..Hasnur pun salah..KY akun
" Pucuk pimpinan UMNO lah "
" Ha,ha,ha "..berderai ketawa kami berempat. Kami terus berteka-teki sepanjang perjalanan menuju ke kudat.
Rumah Mudir Pondok Fi Zilalil Quran
End Of Part 2
Oh..alangkah indahnya kalau sayapun dapat membina keluarga dakwah seperti abg bachok. Tapi apakandaya, siapalah saya ini. 'rette' pun takde. Asyik-asyik tengok muka KY. Asyik-asyik KY. Nasib baik dia nak tinggal di Sabah ni 10 tahun. Hidup KY !!!
"Kalau boleh, ada masa lapang nanti jemputlah datang ke Surau ini bagi tazkirah. Paling sesuai hari enam"..Pengerusi Surau Al Aqsa, Kg Kobuni mempelawa saya mengisi kekosongan ilmu di Masjid tersebut.
"Saya akan cuba...InsyaAllah"..saya menerima pelawaan beliau. Harapan yang begitu tinggi jelas terpancar di wajahnya.
Tadi sewaktu menuju masuk ke Kg Kobuni, hujan sangat lebat dan kilat berdentum kiri dan kanan. Alam bagai berbicara bahawa dakwah ini tidak semudah laluan jalan bertar masuk ke dalam kampung. Tapi kaki harus terus melangkah demi dakwah. Namun disana juga ada maksudnya alam, cuma dakwah sahaja yang bisa mara. Selainnya...undur kebelakang
"Dimana pejabat PKR di sini ya Pakcik?". saya memulakan langkah
"Disini, belum ada lagi. Pejabat UMNO adalah". jawaban ringkas Cikgu Saman
Kami terus berbual soal politik hampir sejam lamanya. Kami juga berasa bertuah kerana beliau merupakan orang yang berpengalaman di sekitar daerah Papar ini dan sanggup berkongsi pandangan.
Saya tahu, diwajah beliau ada kesedaran. Ada kekesalan pada setiap kata-kata yang mengungkap kalimat 'UMNO'. Atas semua sebab itulah beliau kini beralih kepada PKR kerana sedar bahawa UMNO tidak akan mampu membela nasib rakyat. Tipu, rasuah dan pecah amanah terus menjadi budaya dalam UMNO.
Tamat
Isnin, September 29, 2008
Keluar 3 Hari...
"..bulan Ramadhan bulan ibadah, pahala digandakan doa diterima.." . Merdu alunan suara kumpulan Hijjaz, menceriakan perjalanan kami meninggalkan Bandaraya Kota Kinabalu untuk seketika.
Saya, sdr fairuz, sdr Yusri, Cikgu Fakkar dan Cikgu Anuar akan berwisata selama 3 hari dalam misi memburu Lailatul Qadr yang agung itu. Disamping itu, kami akan memberikan sedikit sumbangan daripada Yayasan AMAL untuk tempat-tempat yang akan kami kunjungi nanti. Antara destinasi yang akan kami tuju iaitu Masjid kg Wonod Telupid, Masjid Daerah Beluran dan PASTI Kinabatangan.
Mudah-mudahan ada rezki....
Masjid Kg Wonod, Telupid
" pakcik,pakcik...dia belum dapat lagi ". kata seorang kanak-kanak kepada sdr Fairuz
" Mana dia, panggil pigisini "...Kata sdr Fairuz yang sedang dikerumuni anak-anak kecil Kg Wonod.
" Adik ni pandai membaca ka ndak ? "..Tanya sdr Fairuz. Saya hanya memerhati gelagat anak-anak kecil itu dari jauh. Malas nak campurtangan.
" Kalau ndak pandai membaca, nah ambil yang ini. Kalau pandai membaca ambil yang ini"..Sdr Fairuz memberikan sekeping majalah ana muslim. Bukan main gembira lagi adik tersebut, lantas kembali mendapatkan semula kawan-kawannya yang tengah khusyuk membelek-belek majalah ana muslim yang diberikan tadi.
Wajah anak-anak kecil ini, mewarisi ketabahan ibu bapa mereka mengharungi hidup dalam dunia yang dipinggir oleh kemajuan, namun tetap bersyukur dan redha walau dengan hanya rezeki padi huma dan dusun buah-buahan di lereng-lereng bukit. Sejuk hati menatap, timbul rasa kasihan untuk membelai.
...tiba-tiba saya disapa
"...Pakcik, saya pun mau buku jugak.."..seorang adik kecil bertudung comel persis watak utama majalah ana muslim.
" Oh, adik mau jugak. mari sini pakcik bagi buku "...adik tersebut tersenyum gembira. Tahi lalat di bawah bibirnya menambah manis lagi senyumannya. Adik ini masih bersekolah rendah, kalau 'budak ISEUMS', lama sudah saya jatuh hati.
Saya dikhabarkan oleh orang-orang lama disini, terdapat lebih kurang 10 keluarga muallaf yang tinggal agak jauh dari Masjid Kg Wonod. Jauhnya lebih kurang 3 ke 4 batu ke dalam kampung, yang kebanyakkannya terdiri daripada masyarakat Dusun. Tanpa sebarang enjin bermotor boleh masuk ke dalam, keluarga muallaf ini tetap teguh berpegang dengan Islam biarpun terpaksa mewarisi 'papa kedana', kerana itulah perjanjian sebelum memeluk Islam… " kamu tidak boleh mewarisi harta keluarga"…
Saya juga kagum dengan semangat Ustaz Tasim selaku tenaga pengajar yang dilantik oleh JAKIM disini. Beliau sanggup mendaki lereng-lereng bukit, melalui denai-denai hanya semata-mata untuk mendidik saudara baru kenal alif, ba, ta dan asas-asas solat. Bagi beliau, itulah usaha yang mampu dilakukannya kerana pendakyah kristian menggunakan wang untuk memujuk semula keluarga yang baru memeluk Islam ini. Saudara baru ini begitu bersungguh sungguh mempelajari Islam, malah mengharapkan agar kami sentiasa datang memberi kuliah di kampung mereka.
Situasi Berbeza
Berbeza pula di alam kampus yang kononnya tempat berhimpun para intelek, walaupun pelbagai program ilmu disajikan tapi hambar dari segi kehadiran. Yang dikejar, yang ditampung habis-habisan hanyalah program-program fasiq bersulam munafiq, berkosmetik dengan apa yang dinamakan sebagai 'semangat patriotik, kebudayaan' dan yang sewaktu dengannya. Yang dicanang, yang di usahakan habis-habisan hanyalah kekeliruan yang faedahnya habis hilang bagai debu-debu berterbangan. Bukannya tidak ada alternatif disediakan, tapi hakikat akal yang tidak mahu tunduk kepada kebenaran walaupun jelasnya seperti matahari terik diatas kepala. Buku-buku yang diusung setiap hari keluar masuk kuliah, hanya menambah maklumat dalam kepala, bukannya ilmu dalam dada. Sebab itu, petunjuk dan kesesatan tidak mampu dibezakan lagi. Nafsu dan akal saling bantu membantu ke jalan kesesatan dan kekeliruan. Sesat lagi menyesatkan. Sanggupkah menukar hidayah dengan kesesatan ? bagaimana mungkin terjadi ?..Nauzubillahi minzalik...
Belilah hidayah Allah biar semahal mana sekalipun. Juallah kesesatan dengan harga yang paling mahal, biar tiada seorang pun didunia ini mampu membelinya.
Ke Beluran
Rombongan kami bertolak meninggalkan kg Wonod dengan harapan, kami akan membantu sedaya yang mungkin. Saudara seIslamku, genggamlah Islam walau seperti menggenggam bara api.
Kami meneruskan pemburuan kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Beluran..
Khamis, September 25, 2008
PASTI di Kg Lobou
Sekali lagi, rezeki berbuka puasa saya bersama masyarakat Dusun di Kg Lobou. Semenjak dua menjak ni, saya begitu dekat dengan masyarakat Dusun. Seperti di kampung lain, suasana 50/50 muslim dan non muslim adalah suasana yang biasa saja.
Mungkin ada hidayah yang menanti, di penghujung kegelapan menanti kasih-Nya
tuhan....Kita ada urusan dakwah yang belum beresLihat itu..para petugas sedang membahagi-bahagikan sumbangan berbentuk buah kurma yang akan diberikan penduduk kampung. Istimewanya kurma Aslam produk ni kerana tertera disitu " Sumbangan Ikhlas oleh Y.b Ustaz Nasharudin Mat Isa "
Selesai solat maghrib, Cikgu Anuar memberikan tazkirah mengingatkan semua yang hadir tentang malam Al Qadr. Pada masa yang sama, PASTI Kg Lobou ditubuhkan selepas setahun lebih penantian orang-orang kampung. Pelajar non muslim pun akan diterima masuk sebagai murid di PASTI ini.
Bumi yang subur
Jika anda tahu, bumi Sabah ini adalah bumi yang paling subur untuk dakwah. Seperti benih yang ditanam, disiram dan dibaja setiap hari. Hari esok, minggu depan, satu persatu tunasnya tumbuh dan akarnya menjalar terhunjam ke bumi. Setelah itu, dedahannya menjulang tinggi, mencapah lalu peputiknya pun tumbuh mengerumuni ranting-rantingnya. Akhirnya, ia tumbuh besar menjadi pohon yang rendang dan lebat dengan buah-buahan yang senang untuk dipetik. Pohon itu juga menjadi tempat berteduhnya musafir yang dalam pemergian, singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang di tuju.
Begitulah ibaratnya dakwah....hari ini kita tanam benihnya, esok kita petik hasilnya
Ahad, September 14, 2008
Jelajah ke Nunuk Ragang
Hampir setahun lamanya saya meninggalkan bumi Nunuk Ragang. Kini, saya beserta sahabat-sahabat Yayasan AMAL bakal berjejak semula ke tanah asal usul kelahiran suku kaum Dusun yang penuh dengan lagendanya.
Sebenarnya saya lebih terkesan dengan sejarah Islam yang pernah tercatat dalam lipatan keindahan lembah ini. Pada zaman pemerintahan USNO dulu, inilah kawasannya tempat pengIslaman lebih kurang 3000 orang penduduk kampung disekitar Nunuk Ragang ini. Seperti sejarah yang telah berlalu, meninggalkan pedih dihati ummat mengenangkan penduduk kampung yang telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah itu kini cuma lebih kurang 10 keluarga sahaja yang masih Islam. Yang selebihnya, telah bertukar ke agama Kristian. Satu sejarah luka yang pahit, namun terpaksa ditelan jua.
Ya Allah, kepada siapakah amanah ini yang telah Engkau pikulkan ? Ampunilah hamba-hambaMu ini diatas segala kelemahan dan kecuaian..........
" Kenapa kebanyakkan jiran-jiran Pakcik masuk agama Kristian ?..saya bertanya kepada seorang penduduk kampung yang kami ziarahi.
" Dulu, lepas kerajaan kasi masuk Islam, dorang tidak datang lagi ajar orang kampung macamana ibadat selepas masuk Islam "..bersungguh pakcik tersebut menerangkan kepada rombongan saya
" Jadi, bila orang Kristian datang, diorang selalu datang ajar orang kampung macamana mau buat ibadat, kasi bantuan sama orang kampung. Itu sebabnya banyak orang kampung ikut pendakwah Kristian " ..sambung pakcik tersebut.
Saya tertunduk bisu
Surau An Najah
Hampir setahun lalu, Surau An Najah ini hanya ada ruang solat tanpa ada sebarang kelengkapan asas seperti elektrik, tandas dan bekalan air. Bayangkanlah surau yang terletak bersebelahan dengan jalan utama K.K - Tawau masih tidak mendapat bekalan elektrik !
Alhamdulillah, selepas bertahun usaha gigih Ustaz Akhwan dan team Unit AMAL Pusat berulang alik ke Sabah memberi bantuan kepada penduduk kampung, akhirnya surau ini sudah ada sedikit kemajuan dari segi kemudahan asasnya. Banyak pihak terutamanya daripada jabatan kerajaan telah mula memberi perhatian dengan memberi peruntukkan kewangan untuk memajukan surau ini. Usaha dakwah yang seharusnya ditauladani daripada team Unit AMAL dan Yayasan AMAL.
Pada hari yang sama, kami berbuka puasa bersama penduduk kampung yang datang bersama anak-anak kecil yang masih didukung oleh ibu-ibu. Selesai berbuka, sumbangan berbentuk keperluan makanan diberikan kepada penduduk kampung yang datang dan selepas itu bersolat terawih pula yang di Imamkan oleh Presiden Persatuan Siswazah Sabah, Sdr Bunyamin. Ternyata, penduduk di sini berasa bertuah dengan kehadiran kami dan sentiasa memberikan sambutan hangat setiap kali kami berkunjung ke sini.
Kami balik dulu Nunuk Ragang. Besok-besok kami datang lagi ya.....
Khamis, September 11, 2008
Ke Pejabat BPR
Semalam saya ke pejabat Badan Pencegah Rasuah.
Pada pukul 12.00 tengah hari, saya dihubungi pejabat Ketua Pemuda KEADILAN Sabah iaitu Bro Razak. Beliau meminta senarai nama wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang akan ikut serta menyerahkan laporan di Pejabat Badan Pencegah Rasuah.

Isunya berkenaan kenyataan Dato' Yong Teck Lee dalam Utusan Melayu kalau tidak silap saya yang mengatakan dua ADUN yang terlibat dengan perjumpaan di Taiwan kerana mendapat 'hadiah wang saku' berjumlah RM 50,000.00
Selesai bertemu dengan wakil pengarah BPR, kami ditemu ramah oleh wartawan yang datang termasuk daripada Utusan Melayu yang agak mengenali saya.
Hmm...politik di Sabah, sinonim dengan jurus lompat melompat. 16 September tarikh yang memberi kesan yang berbeza sabah dan semenanjung untuk kita nantikan kemunculannya. Samada ia memberi kesan kepada kuasa Islam atau tidak, " Something must be done "
Berbuka di Kg Kobuni
Kesesakkan bandar Inanam yang mendera perasaan bertukar menjadi tenang dan damai sebaik saja kereta Ford Ranger Cikgu Anuar menyusur masuk ke kawasan perkampungan Kg Kobuni.
Ah..tenangnya suasana Kg ini...Sambil mata saya meneroka setiap sudut bukit-bukau yang memagari kampung kobuni. Perlahan-lahan perasaan tenang meresap masuk ke dalam hati saya.
Saya pertama kali melangkah masuk ke surau Kg kobuni yang dinamakan dengan surau Al Aqsa. Walaupun tidak sebesar mana, tapi cukup menampung kehadiran jamaah setiap kali solat berjamaah. Dalam keadaan sebegitupun orang-orang kampung tetap istiqamah mendirikan perintah Allah s.w.t...Kg Kobuni, Islammu menyentuh hatiku untuk lebih bersyukur.
Sebenarnya, Kg kobuni ini memang sudah dikenali bukan sahaja disekitar daerah Inanam. Malah banyak institusi pengajian tinggi yang berlumba-lumba untuk mengadakan program termasuklah NGO-NGO Islam. Entah apa rahsia orang kampung disini.
Kalau disebabkan keindahan alam semulajadinya, memang ya. Kalau pada keramahan dan lemah lembut orang kampung disini memang sudah semestinya. Suku kaum Dusun yang majoritinya penghuni kampung Kobuni memang dikenali dengan lemah lembutnya.
Tiba-tiba wajah Nazrey Johani, vokalis kumpulan Raihan menjelma dalam minda saya. Beliau juga dari suku Dusun. Katanya.." kalau nak cari calon, carilah orang dusun. Setia kepada suami "..Wah, cepat-cepat saya mengusir fikiran yang bukan-bukan....Ujian orang bujang
Dan satu lagi, inilah satu-satunya kampung muslim ditengah-tengah deretan kampung non muslim sepanjang perjalanan dari bandar Inanam ke Kg Kobuni
Selesai salam, suara saya sudah hilang...fuh, nasib baik 11 rakaat
Saya menghabiskan masa more bersama anak-anak muda Kobuni...alahai, mereka ni pun lebih kurang macam saya juga rupanya, jejaka pemalu semuanya. Tapikan Rasulullah lebih pemalu dari seorang anak dara..
" ok, kamu kumpul team, besok-besok abang datang sama team lawan kamu punya team. Macamana ? saya cuba menarik minat mereka.
" ok bang !! semangat adik-adik Kobuni menerima pelawaan saya
Dalam perjalanan pulang, kami dihidangkan cerita silam cikgu Anuar masuk ke Kg Kobuni menyampaikan tazkirah lebih kurang 4 tahun lalu. Mudah-mudahan kami semua dapat menyambung kerja-kerja dakwah yang telah beliau usahakan hingga ke hari ini Kg Kobuni.
Takbiiiir!!!







