Selasa, Mei 27, 2008

Konvensyen Dakwah


Di celah-celah kesibukkan berprogram, sempat juga saya mengambil kesempatan untuk ruang blog bayugunung ini. Agak lama untuk saya mengambil masa yang sesuai sebenarnya, tapi kalau diikutkan sangat kesibukan ini, entah bila lagi agaknya ada kesempatan untuk menulis. Sebelum agak terlewat, saya cuma mengambil beberapa 'event' yang agak ringan ringan untuk di postkan kerana cuma perlu mengulas sahaja.



Nah, inilah dia saya sajikan sekadar yang termampu....


Konvensyen Dakwah



Peserta yang Hadir


Cikgu Anuar antara barisan VIP


Majlis Perasmian Penutupan. berasap !



Memugar Idealisme Da'ei Meninjau Senario Global, Melakar Strategi MasaDepan
, merupakan tajuk yang dipilih semepena ulang tahun JAKIM kali yang ke-30.


Antara sahabat-sahabat yang kelihatan iaitu wakil dari Jemaah Islah, Angkatan Belia Islam dan yang selebihnya adalah wakil dari jabatan-jabatan kerajaan.


Kami bertiga

Saya, saudara Khairul Yusri dan Bro Lahirul antara yang dijemput atas nama Yayasan Amal. Penyampai kertas kerja yang pertama iaitu Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman sebagai Pengerusi Future Global Network juga sebagai Ahli Majlis Union of NGOs in the Islamic World ( UNIW ) telah membentangkan skop tugasan dakwah yang tidak lagi dibatasi oleh mana-mana halangan terutamanya dari sudut undang-undang.



Sebelum beliau mengulas lanjut, sempat beliau berseloroh kepada hadirin yang hadir


" Mahathir sudah keluar UMNO " kata beliau


agak sukar juga menemukan majlis anjuran kerajaan yang berani berseloroh begitu. Mungkin penangan tsunami politik agaknya



Melalui pengalaman beliau di luar negara, penyampaian pada sebelah pagi memang menarik. antara isi yang baru yang ingin ditonjolkan kepada hadirin iaitu kesinambungan kepada perang salib yang kini sudah memasuki abad yang baru ini.



SOFT WAR & HARD WAR


Antara kedua dua pendekatan ini, soft war adalah pendekatan yang ampuh sekali demi untuk meleburkan umat Islam dari pegangan akidahnya. Istilah lain disebut ' Ghazwatul Fikr '.

Di Barat sana, barisan inteletual telah di siapkan sekemas-kemasnya untuk bercakap tentang Islam mengikut tafsiran mereka sendiri. Universiti Oxford, Universiti Harvard, Universiti Leiden antara institusi besar yang menjadi tempat kepada bijakpandai mereka mengkaji Islam bukan untuk tujuan untuk mencari kebenaran tapi untuk mencari kelemahan. Seterusnya menjajah pemikiran umat Islam.

Di bidang politik pula, kuasa dunia Amerika Syarikat telah memperuntukkan USD 1 Billion setiap tahun untuk membiayai pelbagai program yang dianjurkan oleh NGO-NGO yang kononnya berjuang atas nama kebebasan hak, kebebasan wanita dan macam-macam lagi dan dipopularkan kepada dunia Islam sehingga ke peringkat akar umbi ummat.

Tegas beliau juga, untuk menakhluki dunia Islam seluruhnya, maka dibahagikan nagara umat Islam kepada Mesir, Indo Pakistan dan Indonesia. Dengan menguasai negara-negara umat Islam ini maka tercapailah cita-cita mereka untuk terus menghancurkan Islam dari muka bumi ini.


uhh..saya sudah letih, matapun terasa berat sangat. Cukup sekadar ini dulu





Isnin, Mac 17, 2008

Samb..Mengisi Kemenangan



Lewat PRU ke - 12 kali ini, benar-benar satu tsunami politik yang melanda negara ini. Kejutan yang tak diduga oleh desas desus penganalisis politik semasa. Kemenangan di Kelantan itu rupanya disambut penuh bersemangat oleh Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak hasil kerjasama regu BA

Detik yang mendebarkan sekali, iaitu sewaktu pengumuman keputusan pada hari pengundian pada 8 haribulan. Sebaik saja pihak pembangkang menang secara simple majoriti di Kelantan, ana terus dihubungi sahabat-sahabat dari sana

" Alhamdulillah, Kita dapat perintah Kelantan sekali lagi...takbir"

begitu bunyi mesej yang ana terima


Alhamdulillah..kemenangan yang menjadi penawar setelah hanya tinggal 1 kerusi untuk Islam dikuburkan, meresahkan pencinta-pencinta Islam. Itulah kemenangan, itulah rahmat dari Tuhan untuk diambil pengajaran.


Hukum Tuhan

Berjalanlah di bumi Tuhan ini dan perhatikanlah dengan mata hati, berapa banyak bangsa yang ditenggelamkan Allah swt dalam lipatan bumi, tiupan badai, rekahan bumi dan ditelan air laut kerana sombong. Lupa dengan amanah kepimpinan yang diberikan. Semua di catat oleh sejarah. Apa yang tinggal ? hanya bekasnya sahaja

Bahkan sejarah itu terus berulang, dan peringatan Allah akan tetap menimpa bersama keras hukumnya. Bukankah sifir ini begitu mudah sekali, asal ingkar saja hukuman jawabnya. Asal derhaka seksa balasannya. Mudahnya, sehingga itu manusia mudah lupa.

Ribut Grek baru saja, Tsunami pun begitu. Jauhnya pun bukan di negara Mat Salleh nun jauh di sana. Cuma disebelah saja negara jiran Indonesia. Sedikit tempiasnya di Utara Semenanjung, namun peringatan itu hanya seperti lalat yang lalu didepan hidung.

Setelah Allah mengurniakan amanah kepimpinan, diangkatnya tinggi kedudukan menjadi mulia, kemudian dijatuhkannya dari tempat yang tinggi itu, menjadi sehina-hinanya. Barulah ia Firaun mengaku dirinya hamba setelah taubatnya tidak diterima lagi. Kufurlah ia.Nerakalah tempatnya.

Al quran begitu jelas tentang amanah kepimpinan ini sebagai satu peringatan


Mengisi Kemenangan

Sekalipun kemenangan pembangkang di lima buah negeri di semenanjung, ia juga bererti kemenangan kepada barisan pembangkang di Sabah ini, sekalipun kalah. Ia adalah satu motivasi untuk terus bekerja memburu kemenangan

Ramai bersetuju kemenangan BA kerana faktor pihak BN yang gagal membela nasib rakyat dengan bebanan seperti harga minyak dan harga barang yang menatijahkan penolakan secara senyap oleh rakyat. Selain itu, lonjakan baru dan segar dalam idea pencinta-pencinta Islam merentasi benteng kepartian sekalipun prinsip terus dipegang.

Sebahagian kita sedar akan hal ini. Di Sabah umpamanya, lonjakan ini perlu dibaca dengan teliti agar kaedah dan pendekatan kita sentiasa relevan dengan suasana setempat dan kekuatan lawan. Hal ini memerlukan kita memahami dengan jelas antara prinsip dan kaedah.

Pengisian yang bagaimana untuk kemenangan kali ini?

"terus bekerja bersungguh - sungguh, perbaiki segala kelemahan"...kata seorang sahabat


iya, persoalan ini ada benarnya. Namun ana masih melihat persoalan tersebut masih diperingkat cabang. Mungkin akar masalahnya disekitar persoalan PERSEPSI dan SISTEM

Kedua-dua persoalan ini berkait langsung dengan bagaimana persepsi atau tanggapan penggerak Islam berhadapan dengan dasar sekularis dan pada masa yang sama prinsip Islam terus terpelihara. Manakala sistem pula adalah kerangka gerak kerja yang tersusun untuk mencapai sesuatu idea atau persepsi.

Mungkin persoalan berikut menjelaskan dengan mudah

Persepakatan pencinta - pencinta Islam dengan dasar yang sekularis seperti DAP, Persepsi atau sistem ?..persepsi

HAMAS telah mengubah pendekatannya dengan terlibat sepenuhnya dalam politik, persepsi atau sistem ?..persepsi

Pendokumentasian, pemfailan, pengumpulan data tentang gerak kerja, persepsi atau sistem ?..sistem

Mengubah persepsi tidaklah semudah yang disangkakan. Ia memerlukan kefahaman yang baik dalam soal prinsip dan kaedah dalam Harakah Islamiah, pada masa yang sama menguasai dasar-dasar ilmu sosial. Ia juga hasil komunikasi minda ilmu dengan suasana persekitaran.

Maka fokus kita untuk kemenangan kali ini iaitu pemugaran semula terhadap persepsi kita terhadap suasana dan ruang dakwah yang baru. Pencinta pencinta Islam telah melakukannya diperingkat nasional dan antarabangsa.

Mungkin kita patut melihat semula kader-kader yang kita lahirkan. Adakah selama ini kita hanya melahirkan kader-kader yang hanya tahu tentang sistem. Cukupkah sekadar dia mengikuti semua sistem tarbiah dan cukup sekadar itu. Dari satu sudut, pakar sistem malah memperkukuhkan lagi gerak kerja yang tidak mampu keluar dari persepsi yang jumud. Jika pencinta-pencinta Islam mampu merentasi halangan dasar-dasar kepartian dalam PRU yang ke-12 ini, mengapa tidak tembok kampus ? tembok kesukuan ? tembok kedaerahan ?

Untuk pemugaran semula, maka kita harus kembali juga kepada sistem. Sistem yang merujuk kepada persepsi yang baru dan segar terhadap suasana dakwah. Kembali kepada sistem usrah. Sistem yang mampu melahirkan kader-kader yang punya idea. Bukan hamba sistem.Bukan pula idealis yang tidak mampu mencipta sistem. Kedua-duanya perlu seimbang.


Harga sebuah cinta

Ana sempat juga membantu sahabat-sahabat di Tawau walaupun sekejap saja. Ana terpaksa bergegas pulang ke kampung untuk mengundi di sekolah lama. Sekolah masa ana kecil lagi dari darjah 1 hingga darjah 6.

Pagi Isnin, ana sudah sedia bertolak balik. Namun keghairahan itu, berhenti sejenak. Terasa ada yang tak kena pada wajah emak. Matanya yang berkaca cuba disembunyikan dengan mengemas meja makan di depannya.

Perlahan ana menyentuh kasih bahunya. Emak lantas berpaling, memeluk erat melepaskan empangan air matanya yang di tahan-tahan sejak tadi. Tidak sepatah pun terungkap, tapi ana begitu memahami maksud seorang ibu. Panggilan kepada seorang anak untuk menunaikan tanggunggjawabnya.

Bagaimana harus ana menjelaskan ? bahawa tuntutan perjuangan ini tidak sesekali melupakannya.

Ah..ana bertolak balik dengan ingatan pada kedua-dua wajah yang semakin lanjut di makan usia. Titisan air mata dan lipatan kulit yang semakin dimamah usia semuanya ana simpan kemas di sebalik sebuah senyuman.


Senyuman untuk satu cinta..


Cinta untuk satu kemenangan



Salam Maulidur Rasul






Jumaat, Disember 14, 2007

Bukan Cinta Biasa



Selepas HAMAS

Dari kesibukan kota raya Kota Kinabalu, hinggalah ke dataran hijau sawah padi Kota Belud yang menyejukkan mata memandang siapa saja yang merindukan suasana yang aman dan tenteram. Panjangnya perbualan ana dan akh KY kadang-kadang berselang senyap seketika, terpukau dengan keindahan bumi Kota Belud. Peserta HAMAS yang duduk dibahagian belakang ada yang sudah tenggelam dalam lamunan sendiri. Entah apa yang difikirkan sambil melontar jauh pandangan merentasi sawah padi menghijau ke barisan bukit-bukau yang berbalam-balam jauhnya. Entah bila lagi dapat berpijak di bumi Kota Belud...




Berangkat pulang




" Doakan ana Bun " . Ana memeluk erat akh Bun


" Ya, teruskan perjuangan " . Akh Bun membalas


Sahabat-sahabat yang lain turut bersalaman


Pagi di Terminal Bas Inanam, menarik mata-mata melihat gelagat yang mungkin agak jarang mereka saksikan. Ana, Fairuz dan Ashrul menghantar lima orang sahabat yang akan bertolak pulang ke Sandakan dari Terminal Bas Inanam. Satu kemestian sebelum berangkat jauh, bersarapan bersama sahabat-sahabat merupakan rutin yang mesti dan menyeronokkan. Untuk mengelakkan keadaan kelam kabut, akh Bun dan sahabat-sahabat dari sandakan mesti pulang pada hari ini juga. Baru saja habis HAMAS, sambung lagi Muslim Intensif Training. Betullah, kata seorang sahabiah yang baru saja melangkah kegerbang perkahwinan.." Tiada istilah reh
at bagi seorang da'i"...kata-kata itu masih segar diingatan ana. Tahniah buat ukht dan pasangan.

HAMAS sekurang-kurangnya telah mengubati kerisauan ana akan hambarnya sambutan anak-anak sabahan dalam menggerakkan dakwah dibumi kelahiran mereka ini. Bibit-bibit kesedaran dan kemahuan untu
k melakukan gerak kerja dakwah tampak kelihatan pada wajah adik-adik peserta HAMAS. Ini satu petanda yang baik, tapi perlu ada kesinambungan dalam menyediakan wadah Tarbiah diperingkat PSS atau pihak yang berautoriti. Mesti ada pengisian yang teratur untuk setiap peringkat dan level mad'u. Istilah 'pukul rata' tanpa mengira tahap kefahaman mad'u hanya akan melahirkan petugas dakwah yang separuh masak. Sudah tentu, ideanya pun separuh masak, semangatnya pun separuh hangat. Hangat-hangat tahi ayam lah senang cerita....



Bebaskan Tarbiah

sekali lagi ana ketengahkan, isu label-melabel dengan meletakkan kefahaman dakwah dalam ruang lingkup kedaerahan. Tawau dengan Tawaunya, Sandakan dengan sandakannya dan beg
itu juga daerah-daerah yang lain. Untuk pemfokusan gerak kerja yang lebih sesuai dengan waqe', bekerja mengikut daerah masing-masing memang sangat ditekankan. Pentarbiahan umpamanya mestilah digerakkan bersesuaian dengan suasana masing-masing. Gerak kerja yang terfokus dan Pentarbiahan yang kena dengan suasana, memang sesuai dengan kaedah Tawau dengan Tawaunya, sandakan dengan sandakannya dan yang sewaktu dengannya.

Jadi apa masalahnya ?........


Ana tidak mempersoalkan perlaksanaan gerak kerja dakwah yang selama ini disusun atur oleh Pemuda di peringkat kawasan masing-masing. Malah ana cukup kagum dengan sistem dan perancangan Pemuda walaupun dalam kelengkapan yang serba kekurangan. Bermula dengan unit terkecil seperti usrah, tamrin, seminar, konvensyen hinggalah ke mesyuarat agung semuanya telah lengkap dalam jadual dan mengisi jadual aktiviti tahunan Pemuda dari tahun ke setahun. Namun untuk melihat hasil yang memberikan impak besar diperingkat masyarakat , sekadar melengkapkan jadual tahunan sahaja masih tidak mencukupi. Perlu kita sedari bahawa semua usaha kita akan berfokus kepada undi. Maka persoalan dakwah dan berilmu mesti diperkasakan.

Seiring dengan itu juga, persolan-persoalan yang perlu difikirkan bersama iaitu cabaran pada masa hadapan sekurang-kurangnya 5 tahun akan datang, iaitu perubahan mentaliti masyarakat dan cabaran daripada parti-parti lain. Banyak perubahan yang berlaku dalam jangka masa 5 tahun kebelakangan ini, mendesak kita untuk membuka ruang baru dalam berkompromi dan kerjasama untuk mendepani kelebihan lawan disamping kekurangan yang kita miliki. Masyarakat hari ini tidak akan sama pada 5 tahun akan datang. Apata
h lagi dalam dunia politik, segala-galanya berubah dalam sekelip mata. Jika kita gagal membaca perubahan ini, kita akan canggung berdepan dengan isu-isu luaran pada masa yang sama faktor dalaman mengalami krisis lalu merencatkan gerak kerja Islam.


Setelah kita melihat cabaran yang akan kita lalui, adakah kita masih suka ber
cakaran sesama ahli berbanding berbincang secara baik dan matang? ya, memang berselisih pandangan itu memang satu rahmat. Atau memang sikap kita yang lebih suka menjadi juara digelanggang sendiri. Namun masyarakat diluar tidak kenalpun siapa kita. Sesuailah dengan mentaliti kita, maka sekadar memimpin lajnah sajalah kemampuan kita. Untuk memimpin sebuah negara, jauh lagilah nampaknya.

kita akan berbalik juga kepada tarbiah. ana suka menggunakan istilah "make the things right or The things make right". kedua-duanya berbeza pada "Mahu". Istilah yang pertama mengajak kita melakukan sesuatu berdasarkan apa yang telah digariskan. Manakala istilah yang kedua memberi gambaran tindakan kita berdasarkan apa yang kita mahu daripada apa yang telah digariskan. Dalam isu tarbiah, adakah kita mengaplikasikannya berdasarkan apa yang dimahukan oleh Al Quran atau kita mahu mengaplikasikan Al Qur
an berdasarkan kemahuan kita. Ahh..sudah, apa yang enta mengarut ni...samalah juga seperti mengongkong fahaman tarbiah mengikut kelompok, sempadan dan daerah masing-masing. Ini akan melahirkan peribadi yang sukar menyesuaikan diri diluar lingkungannya.


Cinta Luar Biasa


Dimana-manapun seruan amal Islami adalah pada 'kesatuan'. Kesatuan pada hati, pemikiran dan tindakan. Asas kepada kesatuan ialah kecintaan berdasarkan aqidah dan keimanan. Cinta itulah yang membuatkan Rasulullah menyebut-menyebut "ummati-ummati" walaupun dalam detik-detik
nafas yang terakhir. Tidak hairan dalam hayat baginda membuktikan 'kecintaan' yang luar biasa terhadap dakwah yang mampu merentasi sempadan bahasa dan geografi. 'Cintakan' keadilan dan kesatuan adalah intipati kepada seruan dakwah amal Islami. Ketahanan tubuh badan kita bergantung kepada imuniti. Begitu juga ketahanan dalam gerak kerja bergantung kepada imuniti iaitu 'cinta'. Kita diseru untuk mencintai apa yang tidak nampak didepan mata, iaitu kemenangan yang jauh perjalanannya. Kita diseru untuk mencintai kesusahan dan keperitan. Luar biasa sungguh cinta yang diserukan kepada kita. Ubat kepada keretakkan yang berpunca daripada hati yang hilang rasa percaya, hilang rasa hormat adalah 'cinta'.

HAMAS juga tanda sahutan kita kepada cinta luar biasa. Begitu juga program-program lain yang yang dianjurkan untuk membentuk satu kefahaman fikrah Islam yang kuat. Keghairahan anak-anak sabahan dalam menggerakkan dakwah tidak sepatutnya menghilangkan adab-adab salafussoleh dalam berdakwah. Jika pengangalaman bergerak di kawasan menjadi kelebihan bagi kita, kelebihan itulah yang patut dit
awarkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Jika Pengalaman bergerak kerja disemenanjung merupakan keistimewaan bagi kita, maka keistimewaan itulah yang seharusnya menjadi satu tawaran kepada gerak kerja di kawasan. Jambatan yang menghubungkan antara keduanya adalah persefahaman yang diikat dalam satu 'cinta'.





Bersama Ustad Nik Abduh


Pertemuan dengan Ustaz Nik Abduh begitu memaknakan lagi erti cinta dalam dakwah. Seingat ana bertemu dengan Us Nik Abduh hanya sekali sahaja ketika mengikuti satu kursus. HAMAS telah mempertemukan kami sekali lagi dalam suasana seperti seorang sahabat yang sudah lama tidak ber
temu. Sesekali pesanannnya supaya cari "oghe klate" melintas difikiran.

Pulau Melaka dan Tawau adalah dua tempat yang begitu jauh jaraknya, tetapi bertemu dan dikumpulkan di bumi Kota Belud. Tidak mustahil atas nama 'cinta'.Kata Prof HAMKA " cinta itu seharusnya membina kekuatan, bukannya yang merosakkkan".


Yang penting, cinta kita cinta perjuangan. Kerana itu, cinta kita bukan cinta biasa....















Ahad, November 18, 2007

Penangan Laksa Penang



Di dapur



Riuh dapur Masjid Al Hikmah dengan bunyi suara derai ketawa bercampur bunyi pinggan berlaga dan lesung batu.


“Wah, sibuknya”. Ana menyapa akh syukri dan Rahimi. Kedua-duanya sedang tekun memotong halus rempah laksa penang.


“Ha, abang salman”. Serentak kedua-duanya berpaling.


“Nah abang” . Akh syukri berpaling menghulurkan pisau pemotong sayur ditangannya. Meminta ana menunjukkan skill memotong sayur. Beliau saja mengacah.


“Ha,ha…abang belum sampai masa lagi tunjuk skill”. Ana saja buat-buat tak tahu, memang tahu pun.


“Bila agaknya tu bang nak tunjuk skill ?”. tanya akh rahimi kembali menghangatkan suasana. Sehangat beberapa ekor ikan yang direbus oleh akh Hafiz. Beliaulah chef pada malam ini. Sekejap di dapur, sekejap ke bilik gerakan memasukkan bahan-bahan yang perlu di blender. Tentulah, tiada siapa yang lebih layak memasak laksa melainkan anak kelahiran Pulau Pinang.


“Ha..ha..masa makan nantilah baru tunjuk skill”. Ana melawak.


“Alah, skill itu semua orang tau bang”. Akh syukri membalas


Semua gelak termasuk hakim dan abu yang dari tadi tekum memotong halus bawang besar.


“Ei abu, kau nangis abu. Potong bawang pun nangis”. Usik akh hakim


Sekali lagi semua gelak melihat telatah abu yang mengesat matanya yang berair.


Allahuakhbar..Allahukhbar..!....Azan Isyak berkumandang



Selepas Isyak



“ Jemput semua, dah siap ni”. Akh Hafiz menjemput semua yang tengah asyik menonton ceramah Ustd Akhil Hay.


“wah, lamanya tak makan laksa penang”. Kali terakhir ana ingat menikmati laksa penang ketika di tahun 3 pengajian. Selepas itu, ana tak berapa ingat bila lagi ana menikmat masakan dari Pulau Pinang ini.


Masing-masing sudah mengambil tempat untuk menikmat Laksa Penang, menu makan malam yang jarang-jarang dinikmati. Bilik Gerakan Masjid Al Hikmah yang tidak berfungsi air-conditioner nya menambahkan lagi rasa pedas kuah laksa.


“Pedasnya, saya ndak tahan makan pedas ni bang. Tapi sedap”. Akh Hasli mengeluh kepedasan. Mukanya sudah kemerahan menahan pedas. Kepedasan begitupun, habis juga satu pinggan.


Akh Farid sudah tergaru-garu kepala. Tandanya beliau sedang kepedasan.


Akh Rahimi berhenti sekejap meneguk air jus oren. Sama kepedasan…


Akh Syukri dan Akh Alliff boleh tahan. Menambah lagi. Sudah dua pinggan…


Pukul 8....


pukul 9...


Ana orang yang terakhir sekali keluar dari bilik gerakan. Mana tidaknya, tiga pinggan ana belasah. Fuh…puas hati. Tengok kiri kanan, sudah tidak ada sesiapa.



"wah, analah yang kena kemas dan cuci semua nie". bertimbun pinggan dan periuk yang baru habis digunakan tadi.


Yang lain sudah bersurai. Kebetulan ada aktiviti MPP bersama pelajar-pelajar yang tidak balik cuti semester ini. Entah bila lagi agaknya boleh menikmati Laksa Penang.





Jumaat, November 16, 2007

"BERSIH"



Genap seminggu selepas himpunan BERSIH berlangsung yang berjaya menghimpunkan ratusan ribu rakyat Malaysia, bagi menyatakan keinginan rakyat pelbagai lapisan untuk melalui pilihanraya yang telus dan adil. Satu kejayaan besar bagi pihak oposisi dan 67 badan NGO yang terlibat, menarik kematangan rakyat berpatisipasi untuk turun dijalan raya secara aman, sesuai dengan jaminan perlembagaan dalam sistem demokrasi.


Gelombang kuning yang membanjiri segenap sudut kotaraya Kuala Lumpur dengan laungan “takbir, Daulat Tuanku”, kemudian dihalang pula oleh anggota FRU yang bertindak kasar, disembur dengan water canon, lari bertempiaran ke celah-celah bangunan kemudian bersatu kembali menjadi kumpulan besar. Disembur lagi, lari bertempiaran, bersatu semula, begitulan suasana yang begitu dramatik sebelum penyerahan memorendum kepada Yang Di Pertuan Agong.


Merasai sendiri pengalaman bertempur dengan anggota FRU, disembur dengan water canon hingga basah lencun dan gatal-gatal pada kulit adalah satu kepuasan bagi mereka yang menyertai himpunan BERSIH. Bukan puas hati kerna apa, tapi puas hati kerana terasa manisnya perjuangan seorang da’i bila rintangan dan ujian silih berganti berjaya dilalui.


Ana dan beberapa orang sahabat hanya mampu menyaksikan himpunan ratusan ribu rakyat berdemonstrasi melalui youtube.com. Biarpun jauh di bumi Borneo, namun kami tetap berkongsi rasa, semangat dan gelombang yang padu daripada peserta-peserta yang terlibat secara langsung.


Bersemangat melihat peserta-peserta BERSIH, ada golongan tua, golongan kurang upaya, kanak-kanak dan wanita yang tekad berdepan anggota FRU...


Benci dan geram melihat anggota FRU yang sengaja bertindak ala mafia kepada peserta-peserta BERSIH...


Hampa kerana tidak mampu mengupayakan diri terlibat dalam himpunan BERSIH...



BERSIH bukan sekelip mata



BERSIH adalah sebuah gambaran kejayaan hasil usaha yang tidak putus-putus dan semangat yang tidak pernah pudar dalam memperjuangkan kebenaran. Sebelum itu pun, berderet kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh kelompok pejuang Islam yang mengunjur daripada PKS di Indonesia hinggalah ke AKP di Turki. Setiap kali kejayaan sebuah parti Islam memenangi pilihanraya disebar di media arus perdana, maka kita semua tumpang gembira, berbangga dengan kejayaan tersebut.


Apa yang pasti, BERSIH bukan bermula disaat gelombang kuning memenuhi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur mahupun disaat tarikh 10 haribulan diumumkan. Ia sebenarnya rentetan daripada usaha yang tidak kenal erti penat dan letih sebelum ini lagi. Ada masanya, gerakan dakwah ini seolah-olah hilang dan tenggelam dalam keriuhan fitnah terhadap petugas-petugas dakwah. Adakalanya, gerakan dakwah ini seolah-olah ketinggalan jauh dibelakang dipintas oleh pecutan maksimum musuh-musuh Islam. Jika pemerhatian dibuat secara sambil lewa, mungkin ramai yang hanyut ditipu oleh fitnah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Hakikatnya, Percaturan secara berperingkat dan strategi nafas panjang sedang disusun dari semua sudut setiap waktu dan ketika. Cuma kadang-kadang musuh sendiri sebenarnya yang jatuh terjelepok menyebabkan kebenaran terserlah dengan sendirinya.


Persiapan yang bagaimana? Strategi yang bagaimana?


Usah tanya persiapan dan strategi itu bagaimana, soalnya sekarang ini apa yang sudah di ‘pelan’ kan sebaiknya sudahkah diterjemahkan dalam bentuk aktiviti yang sebenar. Persiapan bukanlah yang ala kadar sahaja, ia melibatkan kefahaman yang kukuh mematuhi pra syarat pertama bai’ah iaitu Al Fahmu. Strategi bukanlah yang indah diatas kertas, yang hanya menjadi lakaran emosi yang melambung tinggi orang-orang muda yang jauh dari kematangan dan realiti.


BERSIH tetap merupakan satu jalinan pengalaman yang dipindahkan dari satu generasi kepada generasi dakwah yang baru setelah melalui perjalanan yang panjang. Jatuh bangun dan perit getir gerak kerja dakwah terdahulu yang bermula dengan setapak demi setapak, diperkayakan lagi oleh generasi terkemudian yang sanggup menerima tanggungjawab yang besar ini. Yang terkemudian belajar dari orang yang terdahulu. Semangat orang muda, perlu diimbangi oleh realistik dan matangnya orang lama.



Di Sabah Apa Cerita ?



Emm..lagunya masih sama seperti dulu. Kalau ana tak silap ( betulkan kalau salah )


Sungguh jauh lagi perjalanan untuk gerak kerja dakwah di Sabah untuk sampai ke tahap perhimpunan BERSIH. Inilah realitinya, kalau di semenanjung nama-nama seperti Mahfuz Omar, Mat Sabu dan banyak lagi barisan pimpinan pusat merupakan warisan generasi terdahulu seperti Burhanudin Al Helmi dan yang lain. Wadah perjuangan anak mudanya pula seperti GAMIS, PMI dan banyak lagi institusi anak negeri yang menjadi medan latihan kepimpinan pada masa akan datang. Nampak begitu rancak dan subur sekali gerakan dakwah di semenanjung. Tidak kurang juga ramainya anak-anak sabahan ini yang terlibat dengan gerakkan disana.


Ana sengaja membandingkan gerak kerja di Sabah ini dengan gerak kerja dakwah disemenanjung supaya semua anak-anak sabah ini bangkit dari lamunan. Ada yang datang dari semenanjung selepas tamat pengajian walaupun sudah berpengalaman dengan gerak kerja di sana masih tidak mampu membawa sesuatu kepada dakwah di bumi kelahirannya. Ana katakan ‘ada’ bukan ‘semua’. Pentingnya mereka ini kedepan kerana pengalaman yang mereka miliki. Mudah patah hati dan kecewa, bukanlah ciri yang patut ada bagi seorang da’i. Lebih-lebih lagi bila melihat gerak kerja dakwah di sabah ini masih di tahap permulaan. Segala-galanya perlu di bina dari awal. Ujiannya, sabar menghadapi kerenah ahli yang baru mengenal usrah. Kena turun dengan seringan-ringan cakap dan bahasa.


Terimalah realiti cabaran dakwah di bumi sabah dengan penuh kecekalan. Jangan kecil hati kalau berusrah dengan para ustaz dan orang kampung sambil menghisab puntung rokok di tangan. Jangan kecewa jika usrahnya jam 9, ahli usrah sampai jam 10. Usrahnya pula hanya sekitar jalan masih belum bertar, elektrik belum sampai di kawasan kampung. Belum sampai kepada tajuk yang menyentuh soal falsafah dan pemikiran. Bila tiba pilihanraya, hanya ada dua DUN saja yang bertanding iaitu di Tawau dan Kota Belud. Tidak serancak kempen di semenanjung. Kalau nak advance sikit, ikut usrah Pemuda Tawau. Kalau di semenanjung ada GAMIS, disini cuma ada PSS yang baru merangkak perlahan. Kalau bukan anda, maka terpaksalah beberapa orang sahabat ana yang asalnya semenanjung bermastautin di sabah untuk menghidupkan gerak kerja dakwah disini. Kalau anda benar-benar intelektual yang ‘genuine’, mari turun ke medan dan tawarkan penyelesaian.


Tambah parah lagi jika graduan yang baru sampai membawa bebanan seribu persoalan dan bukannya seribu jawapan untuk menyelesaikan masalah yang wujud.


Belajar daripada gerak kerja dakwah disemenanjung memang banyak manfaatnya. Momentum BERSIH, perlu diteruskan dan dicontohi oleh sahabat-sahabat di bumi sabah ini. Mungkin kaedahnya berbeza sedikit kerana di sini masih terlalu asing dengan demonstrasi. Lihatlah aktiviti di kawasan, aktiviti Pemuda Negeri, PSS, IMBOS, Nisa, Unit Amal dan Dewan Muslimat, barulah kita boleh menentukan apakah kaedah yang sesuai. Inilah ruang lingkup medan dakwah kita negeri di Bawah Bayu ini.




Menulis Untuk Diri



Menulis idea diatas seperti terkena pada batang hidung sendiri. Terasa diri ini masih terlalu kerdil berbanding idea yang ditulis. Masih jauh daripada melakukan tindakan yang sepatutnya.


Ana sedang mencuba sedaya upaya ke arah itu....




Ahad, November 11, 2007

Kulit Album Nasyid Pilihan...



Di bawah ni ana kepilkan sekali gambar-gambar masa di Taman Damai.

sebaga prelude kepada tajuk yang akan datang bertajuk " Bersih di semenan
jung, di sabah apa cerita ", untuk meraikan semangat perhimpunan bersih di kuala lumpur....




tajuk album : "Kebesaran Mu"



Tajuk album : " Mendaki ke puncak "



Tajuk album : " Yang Maha Satu"



Tajuk album : " Lambaian Kasih "

Isnin, November 05, 2007

" Managing The Substances "




Tunas Baru




Ha..ha… ana ketawa dalam hati




Alhamdulillah....




Gembira melihat perkembangan anak-anak DG yang berkesinambungan




” Assalamualaikum abang ” sapa seorang junior dengan sopan. Pastinya salah seorang anak DG.




” Abang dulu presiden BADAR kan ?”. Sambungnya dalam loghat Sandakan. Aslih namanya.




” iya...” . ana menjawab...




Aslih bertanya dan ana menerangkan...




ceh, bertanduk ana dibuatnya. Sejak pertama kali sampai seminggu yang lalu, beberapa orang adik-adik junior antara segan dan tidak, bertanya khabar dan memperkenalkan diri. Terasa begitu istimewa pula diri ini. Mungkin inilah hikmahnya ana datang ke kampus Labuan ketika semua warga kampus sibuk berperang dengan final exam. Melihat generasi baru yang akan mewarisi perjuangan Islam, terasa berbaloi segala peluh keringat yang ditumpahkan selama ini. Lagipun, ada beberapa pertemuan yang ana sudah rancang dengan sahabat-sahabat yang bakal graduat disini.




Urusan ana sudah selesai dipejabat sekolah, tapi kesempatan ini ana mahu gunakan sebaiknya untuk beramah mesra dengan anak-anak DG. Mungkin pengalaman yang sedikit ini, bisa menjadi petunjuk bagi mereka yang baru setahun jagung meniti alam kampus.




Jauh di Teluk Sepanggar sana, usaha-usaha untuk melahirkan generasi pewaris perjuangan Islam selepas peristiwa ’hiject’ terus rancak berlaku. Seperti air yang mengalir, disekat bagaimanapun ia akan dapat meloloskan diri. Samada ia mencari laluan baru ataupun memberikan tekanan yang kuat sehingga tembok yang menghalang akan retak dan pecah.






Managing The Substance



Asalnya ’managing the substance, not only the symbol’, adalah petikan daripada ucapan Ketua Pemuda PAS pusat YB Salahudin Ayub. Dalam bahasa Melayunya ’substances’ dipanggil bentuk asal ataupun prinsip ataupun tonggak kepada setiap perkara.



’symbol’ ataupun simbol bermakna karakter ataupun kulit luar kepada prinsip ataupun tonggak.



Kenyataan ini sebenarnya adalah sebagai satu garis panduan kepada semua penggerak dakwah agar lebih terpimpin dalam mendepani masalah disekitar gerakan dakwah itu sendiri dan juga cabaran pada masa mendatang. Dakwah bukan sahaja soal masalah dalaman seperti soal tarbiah ahli tak cukup, tenaga penggerak tidak banyak dan pengurusan yang kurang cekap. Malah lebih dari itu diluar sana, bagaimana kita berhadapan dengan pelbagai institusi dakwah yang bergerak sama, bagaimana menjadi suara kepada rakyat dan juga bentuk-bantuk ancaman yang akan dihadapi.



Dalam skop yang lebih kecil lagi, inter-campus di bumi sabah ini khususnya ia mendesak kita untuk benar-benar mempersoal yang mana satu ’substance’ kita dan yang mana satu ’symbol’. Dakwah memang sudah lama bertapak di bumi sabah ini, tapi organisasi dakwahnya masih mencari arah untuk lebih tersusun pada masa akan datang. Hambatan inilah yang sering menjadikan kita kabur bagaimana untuk menyatukan gerak kerja yang meluncur laju kehadapan.



Masihkah kedengaran lagi soal tarbiah semenanjung dan tarbiah sabah. Masihkah kedengaran lagi ’aku tarbiah tawau, kau tarbiah kampus’. Kadang-kadang soal bahasa daerah pun diheret sama dalam kecelaruan ini. Entah apa sebenarnya yang difahami oleh si penutur tentang apa itu tarbiah ?! yang sibuk bertelagah barisan pimpinan atasan, ahli dibawah habis celaru haru biru.



Yang mana ’substances’ yang mana satu ’symbol’....entah, semua sama saja agaknya...



Kita mesti keluar daripada kebuntuan persoalan-persoalan yang berbentuk kulit luaran dan melihat kepada isi yang kita ingin perjuangkan. Suasana dakwah yang belum lagi ditekan seperti disemenanjung, mesti dimanfaatkan sebaiknya untuk meluncur laju kehadapan dengan perkongsian dan kesatuan gerak kerja yang lebih tersusun antara kampus. Soalnya, ’tekanan’ itu apa parameternya? Seorang ahli mungkin juga pimpinan, ’surat jemputan’ bertemu NC mungkin sudah cukup menggetarkan sendi-sendi lutut.



Persoalan besar yang perlu kita kembali perhalusi, iaitu ’substance’ kita, perlu jelas terutama dikalangan teraju pimpinan.



Seolah-olahnya, ’the big frame’ oleh kenyataan YB Salahudin Ayub adalah gambaran panggilan dan seruan kembali kepada kesatuan pada perkara prinsip.




”Pandu Cermat, Ingat Orang Yang Tersayang”







Selasa, Oktober 30, 2007

Mencari Kebebasan



Uuh…semua sendi-sendi terasa lenguh..



Sepanjang berada diatas bas, ana tidak dapat mencari posisi yang sesuai untuk tidur selesa. Tengkuk dan bahagian belakang badan yang paling terasa sekali seksanya…kejang


Sudah sejam ana menunggu penuh sabar kedatangan akh KY. Ramai juga yang masih menunggu kenderaan masing-masing di Terminal Bas.



Itu dia…sampai juga akhirnya



Leganya...rasa seksa lenguh dan kejang selama 8 jam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu hilang beransur-ansur melihat beliau dari jauh bersalaman dengan beberapa pelajar UMS yang ana tak berapa kenal.


Entah apa rahsia beliau. Luruh semua rasa lenguh dan kejang.


Esok, baru ana bertolak ke Labuan



Kalau bukan subjek yang ‘kandas’, belum terlintas difikiran untuk berpijak semula di bumi Labuan. Ana seperti tidak mahu menerima kenyataan bahawa ana merupakan pelajar Kampus Antarabangsa Labuan. Sedikit saja yang mengingatkan tentang labuan, iaitu beberapa orang sahabat yang masih menuntut disana. Selain itu, labuan seolah-olah hilang dari memori ingatan ana…..berat sungguh hukuman ana keatas bumi labuan.



Monolog



Sejak di tahun ke-2 pengajian lagi, ana sudah membawa lari perasaan ana jauh dari suasana pembelajaran di kampus ini. Keinginan untuk mencari kemulian budi pekerti melalui proses pembudayaan ilmu yang sebenar, bertukar tempat dengan rasa bosan dan hilang rasa ghairah.


Banyak persoalan sebenarnya yang ana fikirkan…


Pertama, apakah benar system dan suasana yang wujud benar-benar menghasilkan produk manusia yang berfikir?


Kedua, jika disiplin ilmu yang memanusiakan manusia benar-benar diamalkan, kenapa hasil dan produknya tidak seperti yang sepatutnya? Bukankah tujuan akhir kepada ilmu iaitu akhlak dan keinsanan ?...


Lama ana merasakan kejanggalan yang berlaku ini.


Buku ‘budaya ilmu’ karangan Prof Syed Husein Alattas telah telah menjelaskan segala-galanya. Beliau menjelaskan bahawa, kebanyakkan institusi pengajian tinggi sekarang lebih mementingkan agenda pembelajaran bersifat komersial semata-mata. Pasaran menjadi kayu ukur berkualitinya seorang graduan atau tidak. Betul pada sesetengah tempat sahaja, secara keseluruhannya tidak boleh diterima. Bagaimana dengan soal pasak dan sendi dalam kehidupan manusia seperti keadilan, budaya dan nilai ?


Apalah makna segulung ijazah, kosong daripada nilai berfikir, buta minda dan lemah dari sudut kejiwaan. Akan beginikah nasib ana akhirnya ?




Bertemu Jawapan



Akhirnya, minat ana terluah kepada buku-buku ilmiah, diskusi-diskusi ilmiah dan laman web-laman web yang banyak berbincang dan membongkar erti kebenaran. Betul, kebenaran adalah matlamat akhir kepada proses pembelajaran dan pembudayaan ilmu. Kebenaranlah yang mengenyangkan minda, membangkitkan kemahuan dan meneguhkan pendirian. Suasana pembelajaran yang tidak menunjuk jalan kepada kebenaran, hasilnya rapuh dan mudah berbolak balik.


Ana tidak rela. Menggadai kebenaran dengan buta minda bermakna menjual kemuliaan seorang insan dengan kejahilan yang dihormati. Tidak mungkin…


Mungkin tidak ramai yang mahu memilih apa yang tinggi dan mulia, kerana sifat ambil mudah dan jalan singkat yang sudah mendarah daging.


Melalui 3 tahun pengajian begitu mudah dengan hanya mengejar nilai diatas kertas semata-mata, kerana hanya perlu membebankan otak hanya pada satu sudut sahaja. Bagi yang sedar bahawa tujuan menuntut ilmu adalah proses membentuk celik minda dan kemahuan yang tinggi untuk merubah suasana kepada yang lebih baik, nilai diatas kertas adalah perkara kedua penting.



Kebebasan…



Ya…ana mesti membebaskan minda ana daripada dikongkong oleh budaya yang wujud disini. Budaya yang memandulkan minda.


Jarang benar terdapat kuliah – kuliah yang mencetuskan satu penemuan baru dalam pemikiran. Yang ada hanyalah pelampiasan maklumat dan fakta sahaja. Pelajar didoktrinkan dengan kata-kata yang rendah nilai . kritikan dianggap kurang ajar. Sebahagian besar ahli akademik terlalu menjaga status quo, sehingga mematikan budaya penetasan idea oleh pelajar.



Cukuplah sekadar itu sahaja. Waktu zohor sudah masuk



Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger